Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fitness app ios 16

Aplikasi ‘Fitness’ Selepas Ini Boleh Digunakan Biarpun Tiada Apple Watch

Diterbitkan Jun 7, 2022 oleh Amsyar Latif

Berita baik buat semua pengguna iPhone di mana Apple kini mengesahkan bahawa aplikasi Fitness boleh digunakan meskipun mereka tidak mempunyai Apple Watch.

Terdahulu, aplikasi tersebut ibarat tidak memberi makna apa-apa khususnya bagi yang tidak menggunakan Apple Watch. Mungkin juga ada yang tidak tahu akan kewujudannya di dalam peranti.

Walau bagaimanapun, mana-mana pengguna iPhone yang menjalankan iOS 16 nanti, anda boleh menggunakan aplikasi Fitness.

watchos 9_iphone user

Melaluinya, sensor pergerakan pada iPhone akan digunakan aplikasi tersebut untuk menjejak langkah pengguna dan banyak lagi. Bermakna, aktiviti anda dapat direkodkan.

Malah, anda turut boleh menetapkan sasaran atau matlamat dalam kesihatan anda misalnya jumlah kalori yang dibakar dan sebagainya. Fungsi inilah kerap digunakan pengguna Apple Watch.

Tambahan lagi, anda juga boleh berkongsikan pencapaian anda yang digelarĀ move ring kepada rakan-rakan. Secara tidak langsung, akan ada persaingan sihat antara anda.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY