Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi AyoPoligami Cetus Kontroversi Di Indonesia

Aplikasi AyoPoligami Cetus Kontroversi Di Indonesia

Diterbitkan Oktober 2, 2017 ยท Dikemas kini Oktober 2, 2017 oleh Helmi Samsuri

Poligami, satu perkataan yang dianggap sensitif untuk diungkap dihadapan sesetengah wanita, tetapi ia bukanlah penghalang kepada seorang pembangun aplikasi di Indonesia dari membangunkan AyoPoligami.

Matlamat utama aplikasi ini dibangunkan adalah sebagai satu platform yang memudahkan para suami mencari bakal isteri yang kedua, ketiga mahupun yang keempat. Walaubagaimanapun, sejak ditawarkan pada awal 2017, AyoPoligami telah menimbulkan kontroversi dalam kalangan penduduk negara jiran itu.

Masyarakat disana menyifatkan ia sebuah aplikasi yang boleh menyebabkan “kehancuran sesebuah perkahwinan”. Disebabkan maklumbalas kurang senang dari orang ramai, pelancaran aplikasi itu yang dikatakan akan berlangsung pada bulan ini terpaksa ditangguhkan.

Melihat kepada isu yang timbul, difahamkan pembanguna aplikasi mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Seperti contoh, pengguna perlulah menggunakan identiti sebenar dan suami perlu mendapat surat kebenaran daripada isteri pertama.

Sumber: Independent

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY