Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Data Peribadi Peranti Samsung Selebriti Korea Digodam – Pelakon, Bintang Kpop Antara Yang Terlibat

Aplikasi Antipenggodam Bakal Diperkenalkan Kerajaaan Untuk Pengguna

Diterbitkan Ogos 13, 2022 oleh ariff bukhari

Bagi mengekang kegiatan penggodaman yang semakin berleluasa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa memaklumkan bahawa kementeriannya akan memperkenalkan aplikasi khas bagi tujuan itu.

Pertemuan dengan pembangun aplikasi itu akan diadakan di luar negara dalam masa terdekat.

Selain itu menteri juga memaklumkan telah meminta pihak Cyber Security Malaysia (CSM) untuk membuat kajian spesifik ke atas aplikasi tersebut sebelum ia dilancarkan kepada rakyat.

Menteri berkata, aplikasi antipenggodam itu boleh digunakan di semua peranti yang didaftarkan di negara ini.

Berkaitan

  • 10 Peranti Android Yang Dilapor Mengeluarkan Radiasi Paling Tinggi
  • K-KOMM Bertindak Sekat Laman Sesawang Jual Data
  • K-KOMM Sedang Tinjau Kaedah Negara Jiran Untuk Kurangkan Mangsa 'Scammer'

Sama ada aplikasi itu akan ditawarkan secara percuma sepertimana aplikasi MySejahtera ataupun tidak, perkara itu belum diketahui lagi.

Tetapi menteri menyatakan sekiranya aplikasi itu berbayar, kerajaan akan memastikan harga aplikasi itu dijual pada harga yang berpatutan dan sesuai untuk semua pihak.

Sebelum ini Menteri Komunikasi Mengakui bahawa hampir 100 juta data terbukti telah dicerobohi sehingga tahun 2021 lalu.

Ekoran itu beberapa fasal dalam akta berkaitan akan dipinda bagi penguatkuasaan yang lebih kukuh bagi menangani jenayah pencerobohan data peribadi

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY