Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apa Yang Kita Tahu Tentang Siri Samsung Galaxy S20 Setakat Ini

Apa Yang Kita Tahu Tentang Siri Samsung Galaxy S20 Setakat Ini

Diterbitkan Januari 30, 2020 ยท Dikemas kini Januari 30, 2020 oleh Haikel Areff

Seperti biasa, setiap tahun kita akan dijamah dengan berita tentang keluaran terbaru daripada pengeluar telefon pintar. Setiap tahun pada bulan Februari, giliran Samsung untuk memperkenalkan barisan baru siri Galaxy S, iaitu S20.

Imej tertiris Galaxy S20: https://wiser.my/imej-sebenar-samsung-galaxy-s20-diperlihatkan/

Bila Siri Galaxy S20 Akan Diperkenalkan

Apa Yang Kita Tahu Tentang Siri Samsung Galaxy S20 Setakat Ini

Melalui kiriman yang kami terima, Samsung akan mengadakan acara perasmian mereka pada 12 Februari iaitu pada hari Rabu, pukul 3 pagi waktu Malaysia.

Kepada yang berminat untuk mengikuti perkembangan tentang keluaran terbaru Samsung ini, anda boleh mendaftar di sini https://www.samsung.com/my/unpacked/untuk menerima berita-berita berkenaan dengannya.

Bagaimana Rupa Parasnya

Melalui beberapa ketirisan sebelum ini, kami sendiri tidak dapat mengesahkan berapa jenis model yang akan diperkenalkan dalam barisan siri S20 kali ini.

Apa Yang Kita Tahu Tentang Siri Samsung Galaxy S20 Setakat Ini

Screenshot 2020-01-30 at 12.03.18 PM
Sumber:91Mobile

Namun yang pastinya, ia akan hadir bersama 3 variasi ukuran iaitu 6.2 inci, 6.7 inci dan 6.9 inci. Pilihan saiz skrin yang agak aneh untuk siri S20, lebih besar dari siri S10 sebelum ini.

Sepertimana yang kita tahu, peranti Samsung memperagakan skrin yang terbaik di pasaran dan begitu juga untuk barisan S20 kali ini dengan rekaan skrin 120Hz Infinity O Dynamic AMOLED.

Menurut MySmartPrice 3 model akan diperagakan sewaktu pelancaran pada 12 Februari ini iaitu Galaxy S20 Ultra, S20+ dan S20 dengan ketiga-tiganya menyokong sambungan 5G.

 

Screenshot 2020-01-30 at 12.04.39 PM
Sumber: Iceuniverse

Keupayaan Zoom Lebih Jauh, Tiada Lagi Aperture Boleh Ubah

Melalui beberapa gambar yang tertiris di internet, kami dapat pastikan ia akan hadir dengan 3 tetapan kamera utama dengan ketiga-tiganya hadir dengan sensor TOF.

Galaxy S20 Ultra: 108MP sudut lebar + 48MP lensa telefoto (10X zoom optikal)+ 12MP ultra lebar

Galaxy S20+/S20: 12MP sudut lebar +64MP telefoto+12MP ultra lebar

Jika ini benar, maka Samsung sudahpun menyerah kalah dengan teknologi aperture boleh ubah yang digunapakai oleh siri S9 sebelum ini.

Screenshot 2020-01-30 at 12.26.51 PM
Galaxy S20 Ultra (kiri), Galaxy S20+ (kanan)

Menurut sumber juga, barisan S20 kali ini turut membawakan sokongan rakaman sehingga 8K dan 40MP kamera swafoto untuk model S20 Ultra.

Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi Samsung Galaxy S20 pada 12 Februari ini.

Baca lagi: https://wiser.my/samsung-galaxy-s20-tidak-akan-menyokong-kadar-segar-semula-120hz-pada-resolusi-melebihi-fhd/

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY