Apa Yang Kita Tahu Tentang Apple Reality Pro Setakat Ini

Peranti dalam kategori baharu buat Apple iaitu Apple Reality Pro mungkin akan diperkenal dalam acara WWDC pada September atau Oktober ini.

Mark Gurman dalam tulisan terbarunya berkongsi serba sedikit tentang headset VR/AR ini.

Pertama sekali, ia akan diperbuat daripada alumininum, kaca dan kusyen.



Skrin hadapannya yang melengkung juga lutsinar yang akan turut memperlihat mata pemakai dari luar.

Pada bahagian sisi akan terdapat pembesar suara manakala turut dilengkapikan dengan headband untuk dipakai bersama.

Bagi dalamannya pula, ia dikhabarkan menggunakan cip M2 versi yang diubah suai.

Kapsyen: Sumber: Digital Trends


Untuk kuasa pula, pek baterinya sedikit terasing dan tidak berada dalam headset. Ia tersambung melalui wayar dan boleh disimpan dalam kocek pemakainya.

Mampu bertahan selama 2 jam, saiz pek bateri ini lebih kurang dua bateri iPhone 14 Pro Max ditindan.

Bagaimanapun, ia agak berbeza dengan peranti headset VR sedia ada seperti Meta Quest Pro.

Ia berfungsi sebagai peranti tontonan video seperti dipakai untuk menonton filem ataupun sebagai skrin maya ketika diguna bersama Mac.

Apple AR VR headset glass Kapsyen: Sumber: 9to5Mac


Dengan Mac, anda boleh menggunakan tetikus dan papan kekunci namun Reality Pro sebagai monitor yang terpasang di kepala.

Misalnya, Apple Reality Pro mempunyai sistem penjejakan wajah dan mata serta menggabungkan VR dan AR.

Selain itu, peranti ini juga akan datang dengan sistem operasinya sendiri (dirujuk sebagai xrOS dalam kalangan pembangunnya).

{suggest}

Ia disertakan bersama beberapa kamera dan sensor untuk tujuan penjejakan tangan dan mata pemakai.

Jika benar, headset VR/AR ini tidak mempunyai alat kawalan jauh kerana boleh mengesan gesture jari dan tangan melalui kamera dan sensor.

Dalam pada itu, ia juga mempunyai Digital Crown seperti Apple Watch. Menerusinya butang itu, pemakai boleh beralih antara VR dan AR dengan mudah.

Kapsyen: Sumber: Smartprix


Contohnya, beralih daripada VR ke AR akan memperlihat 'dunia' maya pudar dan kaca di hadapan akan jadi lutsinar, memaparkan dunia fizikal sebenar.

Jika digunakan untuk FaceTime pula, Reality Pro ini mampu memaparkan imej pemakai dengan wajah dan tubuh dengan realistik berbanding bentuk kartun pada Meta, menurut Gurman.

Namun jika sesi itu melibatkan lebih daripada 2 orang, semua orang akan diwakili Memoji.

Harga jualan Reality Pro dijangka sekitar $3,000 iaitu ~RM12,000. Namun, sama-sama kita nantikan kebenarannya pada suku ketiga 2023 kelak.

Sumber: Mark Gurman