Namun, mungkin ada antara anda yang belum tahu mengenai perbezaan bagi kedua-dua varian konsol ini dan mana satu yang patut anda beli? Di bawah ini kami sediakan penerangan ringkas mengenai perbezaan kedua konsol PS5 ini.
Apa perbezaan antara PS5 dan PS5 Digital Edition?
Sony telah menjelaskan bahawa kedua-dua konsol ini hampir sama. Kedua-duanya mempunyai kekuatan grafik yang besar, CPU yang baik, dan SSD yang sangat pantas dan boleh disesuaikan. Tidak hanya itu, keduanya juga menggunakan alat kawalan DualSense yang baru dan mempunyai keserasian dengan aksesori yang sama.
Bagaimanapun, perbezaan utama antara kedua konsol ini adalah kekurangan pemacu cakera optik Blu-ray 4K Ultra HD.
Bagi PS5, ia didatangkan dengan slot cakera optik yang membolehkan anda memainkan permainan yang dipasang melalui cakera fizikal mahupun secara digital, termasuk memainkan permainan PS4 terdahulu yang serasi dengan PS5. Sudah tentu anda juga boleh berkongsi dan meminjamkan permainan kepada rakan-rakan lain. Anda juga boleh menonton Blu-ray atau Ultra HD Blu-ray melaluinya.
Namun, bagi konsol PS5 Digital Edition, ia tidak mempunyai keupayaan ini. Tiada cakera optik yang disertakan pada varian ini. Ini bermaksud, semua permainan perlu dibeli dan dimainkan secara digital. Dengan itu, sudah pasti anda tidak dapat memainkan cakera fizikal PS4.
Sebagai tambahan, anda perlu bergantung kepada internet jika mahu muat turun permainan. Anda juga hanya boleh melakukan penstriman media berbanding memainkannya dari pemacu.
Walaubagaimanapun, anda mungkin tidak akan mengalami kehilangan permainan kerana telah disimpan secara digital.
Jadi, mana satu yang patut dibeli?
Ianya bergantung kepada cara anda membuat pembelian permainan.
Jika anda tidak kisah mengenai pembelian permainan secara digital melalui PlayStation Store, membeli konsol PS5 Digital Edition adalah berbaloi ditambah dengan harganya yang lebih murah berbanding PS5 versi cakera.
Bagaimanapun, jika anda inginkan cakera optik, atau ingin berkongsi dan saling meminjamkan permainan bersama rakan, ia mungkin pelaburan jangka masa panjang yang lebih baik dengan mendapatkan PS5 versi cakera. Ianya boleh memainkan kedua-dua media fizikal dan digital. Anda juga boleh menggunakannya dalam tempoh yang lebih lama walaupun harganya lebih tinggi berbanding Digital Edition.
Jadi, mana satu pilihan anda? Tinggalkan pendapat pada bahagian komen.
Sumber: Android Central
Berkaitan
- Unifi Perkenal Pelan Prabayar UNI5G WOW Baharu, Data 'Tanpa Had' Serendah RM35
- Siri realme 12 Pro 5G Dilancarkan Dengan 64MP Kamera Periskop
- Samsung Perkenal Galaxy A54 Dan A34 Dengan Ketahanan Bateri Lebih Dua Hari
- Rangkaian 5G Hanya Ada Di Putrajaya Dan Cyberjaya? DNB Respons Pernyataan Maxis
- Celcom Tawar Pas Internet RM20/Sebulan Dengan Pakej Data 15GB
- Mi 11 Pro Dilancarkan - Dilengkapi Sensor ISOCELL GN2 50MP, Ketahanan IP68
- Apple Sahkan Acara Pelancaran iPhone 15 Akan Berlangsung Dua Minggu Lagi
- realme V15 5G Kini Dilancarkan - Dilengkapi Cip Dimensity 800U, Kamera 64MP, Skrin Super AMOLED
- Samsung Melancarkan Exynos 1080 - Cip 5nm Dengan CPU Cortex-A78, Sokongan Kamera Sehingga 200MP
- Belanjawan 2021: Inisiatif RM50 eWallet Akan Disalurkan Kepada Belia Berumur 18 Hingga 20 Tahun