Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aksesori dron

Antigravity Lancar Alat Kawalan Dan Aksesori Baharu Bagi Dron A1

Diterbitkan Oktober 21, 2026 · Dikemas kini Oktober 21, 2026 oleh ariff bukhari

Antigravity, jenama di bawah Insta360, mengumumkan pengenalan set kawalan baharu Follow Me Bundle dan Remote Controller bagi dron 8K 360° Antigravity A1 untuk pasaran Malaysia.

Follow Me Bundle menggabungkan peranti boleh pakai Watch Remote dan Ring Remote yang membolehkan dron mengikut pergerakan subjek secara automatik sambil merakam visual 8K 360° dari pelbagai sudut.

Set ini turut mengintegrasikan sistem penjejakan visual dan GNSS bagi kestabilan rakaman semasa aktiviti lasak seperti berbasikal atau mendaki.

Ring Remote (3)
Watch Remote (1)
Full-coverage Propeller Guard (1)
Faktor keselamatan dron turut dipertingkat menerusi penawaran pelindung bilah Full-Coverage Propeller Guards.

 

Bagi peminat kawalan manual klasik pula dan inginkan kawalan yang lebih tepat dan terperinci untuk rakaman dari udara mereka, alat kawalan jauh baharu Remote Controller menawarkan kawalan kayu dwisisi (dual-stick) dengan ciri Fixed View dan Virtual Gimbal untuk pergerakan kamera serta sudut penerbangan yang lebih tepat.

IMAGE 1 (10)

Pakej Follow Me ditawarkan pada harga promosi RM1,199 (1x Ring Remote, 1x Watch Remote dan 1x Full-coverage Propeller Guard). manakala aksesori Remote Controller sahaja dijual pada harga promosi RM299.

Beli barisan produk Insta360 dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clo54wf
  • Lazada – https://invl.me/clo54wh

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • 2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129
  • Amazfit T-Rex Dual Solar Tiba Di Malaysia Pada Harga RM2,799

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY