Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Android 12 Ada Tiru Fungsi Yang Ada Pada iOS

Posted on Mei 20, 2021

Bagi pengguna iPhone, anda sudah biasa melihat ikon yang sedang dimuat turun pada halaman utama (homescreen) dimana lebih mudah untuk ketahui berapa lama lagi ia akan selesai dipasang (install).

Sumber: Technipages

Akan tetapi, perkara ini tidak berlaku bagi golongan yang menggunakan Android. Oleh itu, Android menerusi Android 12 juga mahu memberikan fungsi tersebut.

Baca juga – Android 12 Diumum, Lebih Kemas Dan Privasi Ditingkatkan

Seorang pengguna di Twitter yang menjalankan Android 12 Beta dan menggunakan Pixel Launcher menjumpainya. Namun, tidak jelas sama ada ia adalah sebahagian daripada Android 12 atau Play Store versi 25.3.17-21.

Walau bagaimanapun, XDA mengatakan mereka tidak dapat berbuat demikian pada peranti Pixel 3 XL walaupun mempunyai sistem operasi yang sama – Android 12, Play Store dan Pixel Launcher.

Oleh itu, sekiranya anda berada dalam Android 12 Beta, mungkin anda boleh mencubanya.

Sumber: XDA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress