Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tealive apps

Anda Pengguna Aplikasi Tealive? Ikuti Cara Ini Untuk Dapat Harga Murah

Diterbitkan Oktober 11, 2023 · Dikemas kini Oktober 24, 2023 oleh Amal Addin

Siapa peminat Tealive? Anda perlu meneruskan pembacaan artikel ini sebab saya ingin kongsikan beberapa tips untuk mendapatkan potongan harga bagi setiap satu pembelian.

Anda Pengguna Aplikasi Tealive? Ikuti Cara Ini Untuk Dapat Harga Murah

Minuman Hanya RM5

Antaranya, anda boleh mendapatkan baucar “1 cup for only RM5”. Maksud baucar tersebut bukanlah anda akan mendapat harga RM5 bagi satu cawan. Sebaliknya, anda akan mendapat potongan harga sebanyak RM5 bagi setiap satu cawan air yang dibeli. Pengguna juga tidak boleh menggunakan semula baucar yang telah ditebus.

Anda Pengguna Aplikasi Tealive? Ikuti Cara Ini Untuk Dapat Harga Murah

Baucar Hari Lahir

Anda Pengguna Aplikasi Tealive? Ikuti Cara Ini Untuk Dapat Harga Murah
Kredit: PnSyuhaida | Lemon

Selain itu, terdapat juga baucar hari lahir. Anda boleh menggunakan baucar tersebut pada tanggal hari lahir anda. Para pengguna akan mendapat potongan harga sebanyak RM7.70 bagi setiap pembelian.

Promosi Untuk Ahli Tealive

Bagi para pengguna Tealive Apps juga, anda secara automatik akan mendapat membership Tealive. Anda boleh menebus tawaran yang diberikan pada setiap hari khamis jam 3 p.m hingga 6 p.m.

Anda boleh mendapatkan potongan harga bagi setiap pembelian yang lebih daripada satu dengan hanya imbas kod bar membership yang terdapat pada aplikasi tersebut.

Anda Pengguna Aplikasi Tealive? Ikuti Cara Ini Untuk Dapat Harga Murah

Cara Menebus Mata Ganjaran

Anda juga boleh mendapatkan mata (point) daripada setiap pembelian dengan mengimbas kod bar membership. Mata tersebut boleh digunakan untuk tebus baucar yang terdapat pada The Voucher Shop seperti baucar “1 Free Topping”, “1 Free Drink Upsize”, “1 Free Tealive Popcorn Chicken” dan lain-lain.

Anda Pengguna Aplikasi Tealive? Ikuti Cara Ini Untuk Dapat Harga Murah

Dapat Tahu Menu Terbaharu

Anda juga boleh mengetahui menu terbaharu yang telah atau bakal keluar melalui aplikasi Tealive. Contohnya, menu refreshingly real fruits yang baru keluar pada pertengahan september lalu.

Menu ini memperkenalkan 3 jenis air yang berasaskan buah iaitu cream cloud smoothie, sparkling fruit tea dan fruit juices. Bagi penggemar air buah, saya yakin anda pasti akan menyukai menu baharu ini kerana anda akan dapat merasakan rasa buah yang asli.

Anda Pengguna Aplikasi Tealive? Ikuti Cara Ini Untuk Dapat Harga Murah

Jadi, untuk penggemar Tealive. Anda perlu segera memuat turun aplikasi Tealive di App Store dan Google Play supaya anda boleh mendapatkan pelbagai faedah dan kelebihan yang tersedia dalam aplikasi tersebut.

Berkaitan

  • Touch n' Go Berkolaborasi Dengan Tealive, Bakal Beri Lebih Penjimatan Dan Promosi
  • 6 Minuman Tealive Ini Hanya RM6 Sahaja Sempena Pilihan Raya Negeri
  • Cara Mudah Menukar Fail "Power point" kepada Format "PDF" Pada iPhone
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • 5 'Laptop' Berbaloi Untuk Pelajar Sekitar RM2000
  • (Kemas Kini) Paparan Semak Naik Taraf Percuma Di Aplikasi MyUnifi Tidak Tersedia Sementara Waktu

Sumber: Tealive Apps

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY