Anda Patut Segera Aktifkan Ciri Keselamatan Terbaru iPhone Ini

Mungkin pengguna iPhone tidak sedar bahawa telefon pintar mereka itu sudah menerima ciri keselamatan terbaru yang dimuatkan Apple menerusi kemas kini yang dilepaskan baru-baru ini.

Menerusi kemas kini iOS 16.4.1, Apple telah memperkenalkan ciri keselamatan yang dikenali sebagai Rapid Security Responses.

Apple menyatakan, ciri baru ini adalah penting yang meningkatkan keselamatan peranti. Sebagai contoh, ia menambah baik pada penyemak imbas pelayar Safari, susunan rangka kerja WebKit atau perpustakaan sistem kritikal yang lain.

Ia juga boleh digunakan untuk mengurangkan beberapa isu keselamatan dengan lebih cepat, seperti isu yang mungkin telah dieksploitasi atau dilaporkan wujud.

Ringkasnya, ia menambah baik keselamatan peranti sementara menunggu kemas kini terbaru ditawarkan pada iPhone.

Secara lalai, iPhone anda akan membenarkan ciri Rapid Security Responses digunakan secara automatik.

Tetapi anda boleh menyemak sama ada ciri tersebut sudah diaktifkan ataupun tidak dan mengaktifikannya secara manual untuk peranti anda. Berikut adalah cara untuk menyemak tetapan peranti anda:

iPhone atau iPad: pergi ke Settings > General > Software Update > Automatic Updates, kemudian pastikan "Security Responses & System Files" dihidupkan.



Sebenarnya ciri ini bukan sahaja ditawarkan untuk iPhone dan iPad sahaja, tetapi turut ditawarkan untuk komputer Apple Macintosh juga.

Mac: pilih menu Apple menu  > System Settings. Klik General dalam bar sisi, kemudian klik Software Update di sebelah kanan. Klik butang Show Details di sebelah Automatic Updates, kemudian pastikan "Install Security Responses and system files" dihidupkan.



Apabila Rapid Security Responses telah dihidupkan, satu paparan akan muncul selepas nombor versi perisian, contohnya: macOS 13.3.1 (a).



(Jika anda memilih untuk mematikan tetapan ini atau tidak menggunakan Rapid Security Responses apabila ia tersedia, peranti anda akan menerima pembetulan atau pengurangan yang berkaitan apabila ia disertakan dalam kemas kini perisian berikutnya.

{suggest}

Sumber: Apple