Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
jpj dron

CAAM Ingatkan Permit Diperlukan Jika Mahu Terbangkan Dron, Tertakluk Kepada Semua Pengguna Di Malaysia

Diterbitkan Disember 4, 2020 · Dikemas kini Disember 4, 2020 oleh Meor Hasyim

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) kini kembali mengingatkan kesemua pengguna bahawa pengguna dron perlu mempunyai permit jika mahu menerbangkan dron di mana-mana tempat sekalipun.

CAAM Ingatkan Permit Diperlukan Jika Mahu Terbangkan Dron, Tertakluk Kepada Semua Pengguna Di Malaysia

Peringatan ini merupakan lanjutan daripada pengumuman sebelum ini yang menyatakan kesemua penggiat dron tidak boleh menerbangkan dron tanpa kebenaran atau permit.

Untuk memohon permit tersebut, anda perlu mengisi borang melalui pautan ini dan kemudiannya menghantarkannya kepada [email protected].

Menurut CAAM, mereka juga kini sedang mengkaji bagaimana pemberian kelulusan dron ini dapat dimanfaatkan kepada kesemua industri tanpa membebankan mana-mana pihak.

Ini adalah kerana selain dari hobi, ramai juga yang menggunakan dron untuk memudahkan kerja dan tugasan seperti dalam industri pertanian.

Satu peraturan baharu juga akan dikeluarkan pada tahun 2021 untuk membolehkan pengendali dron seluruh Malaysia dibimbing dengan lebih selamat dan terlatih.

Buat masa ini, pihak CAAM meminta agar semua penggiat dron bersabar menunggu peraturan baharu yang bakal dikeluarkan pada tahun hadapan.

Permohonan permit ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum aktiviti penerbangan dilakukan. Anda juga perlu membayar sejumlah RM1,000 untuk dron melebihi 20kg atau RM250 untuk dron di bawah 20kg.

Jika gagal mengikuti arahan permit ini, anda boleh dikenakan dengan RM50,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Sumber: CAAM

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY