Anda Kini Boleh Memiliki Kit Model Lego Kereta Lumba Dodge Charger Dari Filem Fast And Furious

Salah sebuah kereta ikonik yang digunakan dalam francais filem Fast And Furious.


Lego menerusi barisan produk Lego Technic telah menghasilkan salah satu model kit Lego bagi kereta lumba ikonik yang digunakan dalam francais filem popular, Fast And Furious.

Model kereta yang dimaksudkan adalah Dodge Charger 1970 yang digunakan oleh watak hero dalam filem tersebut iaitu Dominic Toretto.

Kapsyen: Kit model terbaru Lego ini tidak menggunakan bateri.


Kit Lego Technic Dom's Dodge Charger ini mempunyai sebanyak 1077 blok Lego dan sesuai untuk kanak-kanak berumur dari 10 tahun dan ke atas.

Apabila ia siap dipasang, kit model Lego kereta ini dilengkapi ciri-ciri utama seperti boot penutup enjin hadapan yang boleh dibuka, lengkap dengan enjin ikonik V8, silinder enjin yang bergerak dan lengkap dengan sistem kawalan pemanduan.

Malah ia juga dilengkapi dengan replika botol nitro di belakangnya.

Jika anda peminat tegar filem tersebut, sudah pastinya kit model Lego ini akan disambar anda.

Kit Lego Technic Dom's Dodge Charger ini berharga USD99.99 dan sudah boleh di pra tempah di laman rasmi Lego.com.