Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anda Boleh Beli Insurans Kereta Dan ‘Renew Road Tax’ Guna Boost

Anda Boleh Beli Insurans Kereta Dan ‘Renew Road Tax’ Guna Boost

Diterbitkan September 23, 2021 oleh Amsyar Latif

Tahun ini dilihat Boost banyak menawarkan pelbagai fungsi dalam aplikasi eDompet mereka. Terbaru, mereka melancarkan CarProtect yang mana menawarkan cara mudah dan senang untuk pengguna mengubahsuai pelan insurans yang paling bersesuaian dengan mereka.

Tambahan lagi, pengguna turut boleh memperbaharui cukai jalan (road tax) dan pada masa sama, ia akan dihantar terus ke rumah mereka. Selain itu, Boost juga menyertakan butang kecemasan untuk pelanggan CarProtect.

Fungsinya adalah memudahkan pengguna sekiranya sedang menghadapi situasi kecemasan seperti berlaku kemalangan atau kerosakan yang mana ia mengandungi tuntutan insurans, panel bengkel dan rakan kongsi perkhidmatan bantuan tepi jalan Boost. Bantuan diberikan ini adalah 24/7.

Bersempena dengannya, Boost menawarkan pulangan tunai RM100 untuk 5000 pengguna yang memperbaharui insurans kereta mulai hari ini hingga 31 Disember 2021 di dalam ‘Boost Partner Wallet’.

Sementara pengguna berikutnya pula bakal menerima pulangan tunai sebanyak RM50.

Untuk mengakses CarProtect, anda boleh tekan butan ‘insurance’ di laman utama aplikasi Boost atau tab ‘Do More’. Manakala pembelian CarProtect adalah seperti berikut:

  1. Masukkan butiran kenderaan untuk dapatkan sebut harga (quotation)
  2. Ubah suaikan perlindungan yang diingini dengan memilih tambahan (add-on) yang relevan
  3. Isi maklumat pemilik kereta
  4. Bayar dan anda telah dilindungi

Sumber: Siaran Akhbar Boost

Baca juga:

  • Bayar foodpanda Guna Boost, Dapat Pulangan Tunai 100%
  • Boost Ada Fungsi Bayar Bil Automatik Tanpa Buka Aplikasi
  • Boost Lancar Tiga Pelan Perlindungan Insurans Dan Takaful Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY