Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anak-Anak Mengadu Ibu Bapa Berkongsikan Aktiviti Harian Mereka Terlalu Banyak Di Media Sosial

Anak-Anak Mengadu Ibu Bapa Berkongsikan Aktiviti Harian Mereka Terlalu Banyak Di Media Sosial

Diterbitkan Oktober 20, 2019 · Dikemas kini Oktober 20, 2019 oleh ariff bukhari

Kaji selidik melibatkan 25 buah negara di dunia termasuk Malaysia.

Berdasarkan hasil kaji selidik yang dijalankan oleh pihak Microsoft, mereka mendapati sebahagian anak-anak risaukan perkongsian maklumat yang terlalu banyak tentang mereka di laman sosial yang dimuat naik oleh ibu bapa mereka.

Ini termasuklah perkongsian aktiviti harian dan gambar-gambar mereka yang dimuat naik ke laman-laman sosial.

Menurut hasil kaji selidik itu, 42% anak-anak melaporkan mereka tidak berkenan dengan ibu bapa mereka berkongsikan aktiviti mereka di media sosial. Dari jumlah tersebut, 11% menyatakan ia adalah masalah besar kepada mereka, 14% pula menyatakan ia sebagai isu sederhana dan 17% pula menyatakan ia sebagai isu kecil.

Sementara 2/3 (66%) anak-anak tersebut mendakwa mereka pernah menjadi mangsa atas talian sekurang-kurangnya sekali. Malah pada peratusan yang sama, anak-anak ini bimbang perkara buruk yang sama akan turut berlaku pada mereka.

Anak-Anak Mengadu Ibu Bapa Berkongsikan Aktiviti Harian Mereka Terlalu Banyak Di Media Sosial
Kredit: Microsoft

Oleh sebab itulah penyelidik menasihat dan menggalakkan ibu bapa supaya mengambil tahu siapa yang terlibat dalam aktiviti atas talian mereka, berbincang  dan mendengar apa yang hendak diperkatakan oleh anaka-anak mereka apabila berkaitan dengan isu perkongsian di atas talian serta bertindak segera sekiranya berlaku sesuatu pada anak mereka berikutan kesan negatif media sosial.

Kaji selidik oleh Microsoft ini melibatkan responden dari anak-anak yang berumur antara 13 hingga 17 tahun bagi kategori pendedahan terhadap keselamatan dan interaksi atas talian.

Sebanyak 25 negara terlibat dalam kaji selidik ini iaitu Argentina, Belgium, Brazil, Canada, Chile, Colombia, Perancis, German, Hungary, India, Indonesia, Ireland, Italy, Belanda, Malaysia, Mexico, Peru, Poland, Russia, Singapura, Afrika Selatan, Turki, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
©2026 WISER.MY