https://www.youtube.com/watch?v=kDRJl-H9gzc
Walau bagaimanapun, ia bukanlah judul permainan yang baharu kerana ia telah diumumkan pada tahun 2018 oleh studio dari Amerika iaitu InnerSloth.
Namun, sejak kebelakangan ini, populariti Among Us meningkat secara tiba dan dimainkan oleh ramai streamer popular seperti Ninja dan Pokimane.
Permainan ini secara keseluruhan memaparkan grafik yang ringkas, namun konsep permainan adalah seakan-akan permainan Werewolf and Citizen.
Among Us menempatkan sebanyak 10 orang dalam sebuah kapal angkasa. 10 orang tersebut telah dibahagikan kepada 2 peranan iaitu Crewmate dan Impostor.
Objektif utama permainan ini terletak pada tangan Crewmate, yang perlu mencari siapa Impostor, iaitu 1 watak pemain yang membunuh Crewmate seorang demi seorang.
Manakala objektif Impostor pula adalah untuk membunuh setiap Crewmate.
Seiringan dalam misi mencari Impostor, Crewmate perlu menyiapkan tugasan untuk menyelenggara kapal angkasa yang rosak.
Jika ada watak yang dibunuh dijumpai dalam kapal, Group Meeting diadakan. Ini adalah di mana kesemua pemain membincangkan siapa sebenarnya Impostor melalui fungsi chat.
Seperti biasa Impostor akan berlakon agar tidak diketahui 'kejahatannya'.
Undian akan dibuat di mana setiap pemain akan mengundi siapakah Impostor.
Dengan permainan yang ringkas dan bersifat thriller, ia mewujudkan pengalaman yang sangat menarik.
Selain itu, ini juga merupakan faktor mengapa permainan ini begitu seronok untuk dimainkan:
- Tidak memerlukan skil mekanikal. Anda tidak perlukan masa yang lama untuk menjadi mahir. Boleh main bila-bila masa tanpa rasa kecewa walaupun jika anda kalah.
- Permainan sosial yang memerlukan anda bergaduh bersama 9 orang lain untuk mengaku mereka adalah Impostor ataupun Crewmate. Lagi ramai orang yang turut serta, lagi meriah chat ketika undian anda.
- Murah dan percuma untuk platform mudah-alih. Lebih menarik dari Fall Guys kerana Fall Guys walaupun popular, ia dipenuhi dengan penggodam. Ramai yang mahukan permainan ringkas kasual yang seronok pasti akan mencari permainan lain.
Permainan Among Us boleh didapati di Windows, Android, dan iOS. Boleh cuba muat turun untuk rasai sendiri pengalaman bermain permainan ini.
Buat masa ini, Among Us kekal permainan yang paling panas sekarang ini dibincangkan di internet:
https://twitter.com/DisguisedToast/status/1303822795831349248
https://twitter.com/Ohcrit/status/1304639877565251584
https://twitter.com/DaithiDeNogla/status/1305173678045433856?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1305173678045433856%7Ctwgr%5Eshare_3&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.sportskeeda.com%2Fesports%2Famong-us-taking-internet
https://twitter.com/Fabledraws/status/1305161420397572098?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1305161420397572098%7Ctwgr%5Eshare_3&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.sportskeeda.com%2Fesports%2Famong-us-taking-internet
https://twitter.com/Loserfruit/status/1302995857390804992?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1302995857390804992%7Ctwgr%5Eshare_3&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.sportskeeda.com%2Fesports%2Famong-us-taking-internet
*Artikel tamat
Berkaitan
- PUBG Mobile Dengan 90fps Boleh Dimainkan Pada Peranti OnePlus Kecuali Nord
- Jurugambar Kreatif Ini Teruskan Bisnes Ketika Pandemik Hanya Dengan Melalui Panggilan Video Facetime
- AMD Turut Mengacah Prestasi GPU Radeon RX 6000 Pada Resolusi 4K Tetapan Ultra
- Siri ASUS TUF 2021 Bakal Ditawarkan Hujung Januari Bermula Harga RM5,299
- [Video] Ini Adalah ASUS ROG Phone 3 - Rekaan Tidak Banyak Berubah Dengan Model Sebelumnya
- OnePlus Z Dijangka Pelancarannya Pada Bulan Hadapan
- Kemungkinan Akan Ada OnePlus Nord Lebih Mampu Milik Dengan Snapdragon 690
- CEO OnePlus: Kami Akan Fokus Untuk Tingkatkan Lagi Kualiti Kamera
- ASUS ZenBook 13/14 Terbaharu Dengan Cip Intel Gen-10 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Hujung Bulan Ini
- Juice Jacking - Teknik Godam Peranti Menggunakan Pengecasan USB Pada Kawasan Awam