Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Amerika Syarikat Beri Lesen Sementara Kepada Huawei Bagi Sokongan Kemaskini Kepada Pengguna

Posted on Mei 21, 2019Mei 21, 2019

Pertelingkahan antara Huawei dan kerajaan Amerika Syarikat kini berada dikemuncak dimana, syarikat pengeluar terkemuka itu dihalang dari berurusniaga dengan syarikat teknologi negara terbabit.

Salah satu perkembangan mengenai perkara itu adalah kerajaan Amerika Syarikat dilihat “meringankan” sekatan tersebut dengan memberi lesen sementara kepada syarikat telekomunikasi China itu.

Melalui Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat, lesen tersebut diberikan dalam tempoh sehingga 19 Ogos, membolehkan perkhidmatan sokongan seperti kemaskini  dan lain-lain diberikan kepada pengguna peranti serta rangkaian rangkaian sedia ada.

Selain daripada itu, ia turut bertujuan memberi sedikit masa kepada pengendali telekomunikasi yang bergantung kepada perkakasan Huawei untuk membuat pengaturan lain.

Sumber: ZD Net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress