AMD Perkenal RX 6700 XT, Pesaing NVIDIA RTX 3060 Ti

Tahun lalu AMD selamat melancarkan kad grafik Radeon RX 6800, RX 6800 XT dan RX 6900 XT. Kini, mereka menambah koleksi siri ini dengan memperkenalkan RX 6700 XT.

Menerusi pelancaran ini, AMD mendakwa bahawa ia adalah sebuah kad grafik terbaik untuk permainan beresolusi 1440p atau 2K. Malah, resolusi ini sangat popular dalam kalangan gamer.



Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan 12GB VRAM dengan kelajuan sehingga 2424MHz yang mana mampu memainkan kebanyakan permainan masa kini.



Selain itu, compute units bagi kad grafik ini kurang sedikit berbanding model tertinggi iaitu mempunyai 40 RDNA 2 compute units. Akan tetapi, penggunaan kuasa lebih baik iaitu hanya memerlukan 230W.



Tambahan lagi, prestasi yang diperlihat menunjukkan ia dapat menandingi RTX 3060 Ti dengan mudah dan hampir sama dengan prestasi RTX 3070.



Walaupun kad grafik ini agak baik tetapi harga jualan hanya USD479 (~RM1940) dan mungkin di Malaysia tidak mencecah RM3000.

RX 6700 XT akan mula dijual pada 18 Mac ini dan komputer riba dengan kad grafik ini turut akan menemui peminat tidak lama lagi.