Dijangka akan diperkenalkan dalam bulan November tahun ini.
Advanced Micro Devices, Inc (AMD) hari ini mengesahkan bahawa mereka akan memperkenalkan siri terbaru cip pemprosesan AMD Threadripper generasi ketiga dalam bulan November nanti.
Walaubagaimanapun, tiada butiran lanjut yang dikongsikan berkenaan cip pemprosesan tersebut. Tetapi ia mungkin akan dilengkapi dengan kuasa pemprosesan antara 2.2GHz sehingga 4.17GHz (32 core).
Setakat tahun ini, AMD telah pun melancarkan barisan cip pemprosesan AMD Ryzen 3000, AMD EPYC generasi ketiga dan kad grafik AMD Radeon RX 5700.
Namun begitu, sehingga kini para pengguna masih berdepan dengan isu limitasi bagi mendapatkan cip pemprosesan AMD Ryzen tersebut.
Malah dijangkakan isu kesukaran pengguna bagi mendapatkan cip berprestasi tinggi dari AMD ini akan terus berlaku sepanjang tahun ini.
Tetapi pihak AMD telah menyatakan bahawa mereka sedang berusaha bagi memenuhi permintaan cip pemprosesan mereka di pasaran.
Sumber: PCWorld
Berkaitan
- 2 Model Kad Grafik Terbaru AMD Radeon Ini Kini Di Pasaran Tempatan
- AMD Kini Mengambil Alih Penguasaan Pasaran Cip Pemprosesan Dari Intel
- (Ulasan) Acer Swift Go 14 - Laptop Dikuasa AMD Harga Bawah RM4,000
- AMD Mengumumkan Cip Pemprosesan Generasi Ke-3 AMD Ryzen 9 Dengan 12 Teras
- 'Gamers' Memilih Cip Intel Berbanding AMD - STEAM
- AMD Ryzen 7 5800X3D Dilancarkan, Yang Pertama Dilengkapi Teknologi AMD 3D V-Cache™
- AMD Melancarkan Kad Grafik Radeon Pro VII
- Siri AMD Radeon RX 7000 - GPU Termaju Di Dunia Ketika Ini
- Dari Cip Pemprosesan, AMD Kini Jual Basikal Pula
- Kemas Kini WSA Windows 11 Tingkatkan Prestasi Cip AMD Dan Intel Sehingga 50% - Microsoft