Mereka juga melancarkan servis mereka di Australia buat pertama kali. Prime merupakan servis keahlian yang memberi pengguna akses 2 hari penghantaran secara percuma dan juga diskaun dan promosi terkini. Servis itu sudah dijalankan di negara Asia lain seperti Jepun, China dan India.
Rantau Asia Tenggara menawarkan potensi pasaran pendapatan kelas pertengahan sebanyak 400 juta menjelang tahun 2020, satu prospek yang sangat menarik untuk penyedia servis luar.
Walau bagaimanapun, Amazon Prime untuk Singapura tidak sama dengan Prime untuk US kerana hanya 5 juta barangan sahaja dari bahagian antarabangsa terpilih berbanding 50 juta di Amerika Syarikat.
Amazon berkata mereka akan sentiasa meningkatkan kualiti servis mereka untuk pasaran Singapura bagi memastikan pengguna berpuas hati menggunakan perkhidmatan mereka.
Sumber
Berkaitan
- Google Menarik Perkhidmatan YouTube Dari Peranti Amazon
- Institusi Kesihatan Singapura Diserang Dalam Sejarah Serangan Siber Paling Buruk Untuk Republik Tersebut
- Pesaing Amazon Dari China Ke Medan Antarabangsa Dengan Bahasa Inggeris Yang Teruk
- Lampu Pintar Ikea Akan Berintegrasi Dengan Pembantu Digital Google, Apple dan Amazon
- Singapura Masih Degil Berkaitan Penggunaan IT
- Amazon Mempersiapkan Diri Untuk Memasuki Pasaran Asia Tenggara Melalui Singapura