Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pesaing Amazon Dari China Ke Medan Antarabangsa Dengan Bahasa Inggeris Yang Teruk

Pesaing Amazon Dari China Ke Medan Antarabangsa Dengan Bahasa Inggeris Yang Teruk

Diterbitkan Mac 24, 2017 oleh Wiser MY

Pesaing China Amazon, Taobao telah mengambil langkah pertama untuk menembusi pasaran berbahasa Inggeris. Mereka melakukan pelancaran di Singapura dengan bekerjasama dengan syarikat e-perdagangan Jerman, Lazada menampilkan produk dengan deskripsi bahasa Inggeris yang teruk.

Ini bukanlah cubaan pertama oleh Alibaba, syarikat induk Taobao untuk mencuba di pasaran antarabangsa tetapi ini kali pertama menggunakan medium bahasa Inggeris.

Platform berbahasa Inggeris itu mensasarkan untuk kemudahan membeli belah untuk pembeli Singapura, kata Lazada dengan hampir 70 peratus penduduk Singapura berbahasa Inggeris. Maklumat pada asalnya dalam bahasa cina di dalam Taobao dan akan menggunakan alat penterjemahan Alibaba, patutla.

i.img
Gambar oleh Zoey Chong/CNET

Laman itu akan menambah 400,000  produk yang dijual di Taobao ke Lazada. Penghantaran barang antarabangsa pula mengambil tempoh selama dua ke tiga minggu, mengikut laman itu.

Cubaan itu menunjukkan usaha Alibaba untuk mengembang ke tahap antarabangsa selepas spekulasi bahawa Amazon juga cuba masuk ke pasaran rantau Asia Tenggara dengan kandungan di dalam bahasa Inggeris.

Alibaba dan Lazada tidak memberi respon tentang soalan samada hanya pasaran Singapura yang terlibat atau ada pasaran lain lagi yang akan menyusul.

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY