Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
amazon satelit

Amazon Cabar Starlink – Lancar Internet Satelit Pertamanya Bulan Ini

Diterbitkan April 3, 2025 · Dikemas kini April 3, 2025 oleh Amsyar Latif

Amazon melalui Project Kuiper akan melancarkan misi pertama internet satelit berskala penuh pada 9 April ini menggunakan roket Atlas V milik United Launch Alliance (ULA).

Misi yang dinamakan KA-01 (Kuiper Atlas 1) ini bakal membawa 27 satelit ke orbit rendah bumi, bertujuan menawarkan sambungan internet laju dan stabil ke seluruh dunia.

Dengan rancangan menempatkan lebih 3,200 satelit menjelang beberapa tahun akan datang, Amazon berhasrat menyaingi dominasi Starlink oleh SpaceX dalam menyediakan akses internet global, terutama kawasan terpencil.

amazon satelit_2
Foto: Amazon

Satellit Kuiper direka dengan teknologi terkini seperti antena fasa berperingkat, sistem pemprosesan data canggih, dan pautan optik antara satelit.

Ia turut mempunyai salutan khas yang mengurangkan gangguan cahaya kepada pemerhatian astronomi dari bumi.

Selain itu, Amazon juga bakal menjalankan lebih 80 pelancaran roket melalui ULA, Arianespace, Blue Origin, dan SpaceX bagi melengkapkan rangkaian Kuiper ini.

Selepas KA-01, Amazon akan meningkatkan kapasiti pengeluaran satelit secara besar-besaran dan memulakan perkhidmatan internet satelit kepada pengguna menjelang akhir tahun ini.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Teknologi Komunikasi Laser Satelit-ke-Darat Oleh China Capai Kelajuan 100 Gbps
  • [video] SpaceX Kongsi Video Eksklusif Kilang Yang Hasilkan 15,000 Starlink Sehari
  • Google Lancarkan Satelit Kesan Awal Kebakaran Hutan Dikuasakan AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY