Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Amazfit PowerBuds Pro, Fon Telinga Dengan Ciri Penjejak Degup Jantung

Posted on Julai 15, 2021November 22, 2021

Bila sebut nama Amazfit, tentu ramai mengenalinya sebagai jenama jam pintar dengan pelbagai ciri penjejak kesihatan dan kecergasan. Terkini, mereka ada melancarkan sebuah fon telinga TWS terbaru.

Menariknya kali ini, Amazfit PowerBuds Pro didatangkan bersama beberapa sensor kesihatan dan kecergasan. Antaranya adalah sensor denyut jantung optik PPG dan accelerometer.

Oleh itu, fon telinga ini boleh memantau kadar degupan jantung semasa bersenam. Selain itu, ia juga boleh mengesan dan mengingatkan kedudukan tulang belakang untuk perbaiki postur badan semasa bekerja.

teknologi 3 mikrofon

Tambahan lagi, ia juga mampu memantau tahap desibel muzik yang dimainkan untuk perlindungan pendengaran mengikut standard yang ditetapkan WHO.

Antara lainnya, ia mempunyai empat mod pembatalan hingar aktif, tiga mikrofon digital, Bluetooth 5.0, bateri sehingga 30 jam dan penilaian IP55.

Buat masa sekarang, Amazfit PowerBuds Pro yang dijual pada harga $149.99 (~RM629) ini belum memasuki pasaran Malaysia.

Sumber: amazfit

Baca juga – Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli TWS

Baca juga – Pixel Buds A-Series Rasmi, Fon Telinga TWS Terbaru Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress