Perodua telah melancarkan model baharu Alza semalam dengan reka bentuk yang sangat berlainan daripada sebelumnya.
Untuk sistem infotainment, MPV ini dilengkapi Android Auto, bahkan juga dilaporkan akan menerima Apple Car Play.
Bukan itu sahaja, malah pelekat RFID Touch ‘n Go turut dibekalkan bersama bagi setiap unit Alza baharu ini.
Ia ditampal pada kiri cermin pada bahagian atas.
Terdahulu, Perodua telah memudahkan pengguna dengan integrasi SmarTAG pada model Myvi. Nampaknya, kali ini ia diganti dengan RFID pula.
Tiga varian tersedia, bermula RM62,500.
- Alza 1.5 X – RM 62,500
- Alza 1.5 H – RM 68,000
- Alza 1.5 AV – RM 75,500
Alza 2022 menggunakan platform yang sama dengan Toyota Avanza/Veloz dan Daihatsu Xenia yang mana antara terlaris di negara jiran, Indonesia.
Transmisi D-CVT yang melengkapkan pada Myvi juga hadir pada Alza kali ini, meninggalkan kotak gear automarik 4 kelajuan.
Untuk spesifikasi lebih lanjut tentang Perodua Alza 2022 ini, layari laman rasmiĀ Perodua.
Sumber: Paultan