Memfokuskan pada ciri infotainment yang ada pada kenderaan ini, ia dilengkapi dengan skrin sembilan-inci yang tersedia dengan sistem hubungan Android Auto.
Tetapi ciri Android Auto hanya ditawarkan untuk varian spesifikasi tertingginya sahaja iaitu Alza 1.5L AV.
Ini sekaligus menjadikan Perodua Alza sebagai kereta tempatan pertama yang terima ciri baru tersebut.
Namun begitu, sistem Android Auto yang ditawarkan pada Alza terbaru ini masih perlu disambung dengan wayar menerusi sambungan USB yang ada pada skrin infotainment kenderaan tersebut.
Sementara bagi peminat Alza yang mungkin tertunggu-tunggu kehadiran sistem hubungan Apple CarPlay pada kenderaan ini pula, anda terpaksa menunggu sedikit lebih lama kerana berdasarkan khabar angin dari laman kereta Paul Tan, Alza 2022 ini mungkin akan turut mendapat sokongan sistem Apple CarPlay pada masa hadapan.
Alza 2022 ditawarkan dalam 3 varian iaitu Alza 1.5L X yang berharga RM62,500, Alza 1.5L H berharga RM68,000.00 dan Alza 1.5L AV berharga RM 75,500.00.
Untuk spesifikasi lebih lanjut tentang Perodua Alza 2022 ini, layari laman rasmi Perodua.
Sumber: paultan
Berkaitan
- Ini Senarai Telefon Pintar Xiaomi Yang Dijangka Akan Terima Dan Tidak Terima Kemas Kini Android 12
- Pengguna Android Dengan GPU Mali Berdepan Kecacatan Keselamatan Kritikal
- Peralihan Pengguna iPhone Ke iOS 13 Sudah Mencapai 50%. Sementara Pengguna Android Pula Masih...
- Penyelidik Dakwa 4 Aplikasi Popular Berkaitan Solat Dan Al-Quran Ini Mengumpul Data Pengguna Android
- PES 2020 Kini Ditawarkan Untuk Peranti iOS Dan Android
- Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Bagi Bulan Disember 2022 - AnTuTu
- 13 Model Telefon Pintar Android Ini Masih Lagi Belum Menyokong Rangkaian 5G Malaysia
- Selepas Curi Data, Varian Baru BRATA Padam Kandungan Peranti Android Pula
- Buang Segera 19 Aplikasi Android Ini Dari Peranti, Joker Bersembunyi Di Dalam
- Klon 'Dynamic Island' Untuk Android Sudah Dimuat Turun Lebih 1 Juta Kali