Alibaba Diletakkan Dalam Senarai Hitam Bagi Barangan Palsu

Pasar atas talian sememangnya popular di kalangan penduduk-penduduk negara maju dan sedang membangun. Pasar atas talian di negara ini seperti Shopee, Lazada, Lelong.my menjual pelbagai jenis barangan termasuk barangan harian seperti makanan dan ubat-ubatan.

Maka tidak mustahil ada pihak yang sanggup mengambil kesempatan dengan menjual barangan palsu dan iklan yang memperdayakan pelanggan mereka. Alibaba Group Holding Ltd. yang memiliki pasar atas talian, Taobao telah disenarai hitam oleh kerajaan Amerika Syarikat setelah laman sesawang tersebut telah dilaporkan menjual barangan-barangan palsu.

Pejabat Perdagangan Amerika Syarikat membuat perkara tersebut dan mengakui Taobao telah melakukan beberapa perubahan mengenai perkara itu namun kegiatan menjual barangan palsu masih lagi berleluasa dan merugikan pihak pembeli.



Presiden Alibaba, Mike Evans memberi respon di dalam sebuah blog yang penyenaraian hitam oleh US itu tidak menggambarkan keseluruhan keadaan mengenai usaha Alibaba melindungi jenama dan harta intelek sesebuah jenama.

Alibaba dalam masa yang sama telah menutup 230,000 akaun penjual di Taobao dalam tempoh dari September 2016 hingga Ogos 2017. Syarikat itu juga telah memberi kerjasama dengan pihak berkuasa yang mengakibatkan 1,000 penahanan dan penutupan hampir 1,000 kilang pembuatan dan tempat pengedaran.

Sumber