Krisis air dunia semakin meruncing apabila lebih 3.4 juta nyawa terkorban setiap tahun akibat kekurangan air bersih dan sanitasi.
Teknologi rawatan air yang biasa digunakan, seperti sistem osmosis songsang (RO), walaupun berkesan, memerlukan tenaga elektrik yang tinggi dan bersaiz besar, menjadikannya kurang sesuai untuk kegunaan kecemasan.
Sebagai jawapan kepada cabaran ini, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memperkenalkan JerneH20, penapis air poket yang direka khusus untuk situasi darurat.

Penapis air mudah alih ini direka bersaiz poket yang sesuai digunakan untuk pelbagai aktiviti luar seperti mendaki, berkhemah, pengakap dan sangat berguna untuk persediaan kecemasan.
JerneH20 menggunakan teknologi Membran Serat Berongga dan Serat Karbon Anti-Bakteria untuk menghapuskan bakteria, protozoa, mikroplastik, sedimen, bau, warna, klorin, bahan organik dan logam berat.

Reka bentuknya yang kompak, ringan dan mesra pengguna menjadikannya ideal untuk kawasan luar bandar, kawasan bencana, serta kecemasan.
Produk hasil ciptaan Prof. Ts. Dr. Mohd Hafiz Dzarfan bin Othman ini sekali gus meluaskan akses kepada air bersih menjadi lebih mudah, cepat dan mampu milik.
JerneH20 sudah pun dikomersialkan menerusi syarikat spin-off Universiti Teknologi Malaysia (UTM) iaitu Filt Us Sdn. Bhd.
JerneH20 boleh dibeli secara atas talian pada harga RM99 dari stor rasmi:
- Shopee – https://invl.me/cln365e
- Lazada – https://invl.me/cln365l
{suggest}
