Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Penceraian’ Dengan Intel Bawa Sinar Kepada Apple

Alat Ganti Tulen Apple Kini Ditawar Buat Barisan Produk Mac Pula

Diterbitkan Disember 21, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Program Self Service Repair daripada Apple telah terus dijalankan sekitar kawasan serta produk baharu.

Kini, Apple telah memperluaskan lagi akses produk yang boleh diperbaiki sendiri oleh pelanggan kepada komputer Mac pula.

Berkaitan

  • Twitter Melancarkan Sebuah Pelan Baharu Khusus Untuk Perniagaan
  • Korang Mesti Dapatkan 'Game' Popular Berharga RM78.99 Ini Secara Percuma Sekarang
  • Tom Cruise Buat Lagi Aksi "Berani Mati" Untuk Filem Terbaru 'Mission: Impossible'
  • Patuhi Panduan Keselamatan Elektrik Ketika Dan Selepas Banjir Dari TNB
  • 3 Edisi Game TEKKEN 7 Sedang Diskaun 85%, Jimat Hampir RM340

Program ini juga telah memperluaskan beberapa produk seperti Mac Studio, M1 Mac mini, M1 iMac, dan Studio Display.

Sebelumnya, program Self Service Repair hanya meliputi M1 MacBook Air, M1 MacBook Pro, the iPhone SE, dan model iPhone 12 dan 13 sahaja.

Namun, ia hanya tersedia untuk AS dahulu dan negara-negara Eropah perlu bersabar sehingga Apple memperluaskan lagi naik taraf servis itu.

Self Service Repair merupakan sebuah program di mana pemilik iPhone dan Mac boleh melayari laman sesawang Apple untuk membeli atau menyewa kit pembaikan.

Di dalam kit tersebut, terdapat beberapa alatan yang diterima. Antaranya adalah panduan dan alat-alat tambahan untuk pengguna membaiki peranti mereka secara manual. Dengan itu, pengguna tidak perlu pergi ke Apple Store atau mana-mana kedai baik pulih.

Walau bagaimanapun, kaedah ini tidak pratikal atau selamat untuk beberapa pengguna. Mungkin ada sesetengah daripada mereka berasa selesa, namun ada juga yang lebih selesa jika peranti tersebut dihantar kepada pakar sahaja.

Apple juga menawarkan servis AppleCare+ di mana pengguna boleh membaiki peranti mereka dengan percuma. Pengguna yang tidak membayar servis tersebut perlu membayar sewaktu mereka ingin membaiki peranti tersebut.

Pengguna juga boleh sahaja membaiki peranti mereka di kedai-kedai yang tidak mempunyai sijil daripada Apple. Namun, syarikat tersebut tidak menyarankannya atas pelbagai sebab.

Sumber: sixcolors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY