Aktiviti Beli-Belah Rancak, Lebih 2 Bilion Barangan Terjual Semasa Shopee 11.11

11 hari telah pun berlalu, Shopee 11.11 Jualan Hebat baru-baru ini memperlihatkan permintaan e-dagang tidak terjejas. Ramai rakyat Malaysia menikmati tawaran eksklusif semasa hari tersebut.

Menurut Shopee, pengguna Shopee di Malaysia gemar mendapatkan stok barangan runcit seperti Milo, bijirin, mi segera, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

Selain itu, memandangkan kita masih lagi dalam norma baharu, pelitup muka kekal menjadi salah satu produk yang paling popular dibeli di mana mencatatkan jualan lebih 13 juta keping. Sementara kit ujian COVID-19 pula menyaksikan hampir 30,000 unit terjual.



Apa-apa pun, Jualan Hebat kali ini memecahkan rekod Shopee kerana sepanjang tempoh festival tersebut, lebih 2 bilion barangan telah dibeli. Kemuncaknya adalah pada 11 November dengan kunjungan meningkat 5.5 kali ganda dalam dua jam berbanding hari biasa.

Dalam pada itu, pembeli dari luar bandar dan bandar-bandar kecil pun sudah mulai ramai menikmati akses dan manfaat membeli-belah dalam talian. Peningkatannya di rantau ini adalah sebanyak 5 kali ganda berbanding hari biasa. Sementara transaksi ShopeePay di luar bandar pula meningkat 9 kali ganda.

Ini membuatkan tidak kira golongan bandar mahupun luar bandar, rakyat Malaysia sudah faham kepentingan dan kemudahan pembayaran secara dalam talian.

Sumber: Siaran Akhbar Shopee

Baca juga: