Kelajuan pindahan data mampu mencecah sehingga 1000MB/s.
Sony telah perkenalkan aksesori hub USB-C terbaru, MRW-S3 di laman sesawang mereka. Mereka mendakwa hub USB-C terbaru yang dihasilkan mereka ini mampu mencapai kelajuan pindahan data selaju 1,000 MB/s. Sekaligus menjadikannya hub USB-C yang terpantas di dunia.
MRW-S3 dilengkapi dengan sambungan 1x USB-A dan 1x USB-C berasaskan USB 3.1 Gen 2, 1x HDMI yang menyokong paparan 4K (30 fps), 1x USB PD bagi pengecasan peranti sehingga 100W, 1x slot kad microSDXC dan 1x slot kad SDXC yang menyokong piawaian UHS-II.
Sambungan-sambungan yang terdapat pada hub USB-C tersebut pastinya amat berguna pada para pengguna profesional, khususnya dalam bidang industri kreatif.
Walaubagaimanapun, setakat ini Sony masih belum memberikan info rasmi berkaitan harga jualannya dan tarikh bila ia akan berada dipasaran .
Sumber: The Verge
Berkaitan
- Stor Apple Malaysia Tawar Aksesori Tali Jam Baru Untuk Apple Watch
- Nomad Menghasilkan Aksesori Kabel USB-C Yang Diperbuat Daripada Kevlar
- Sony Menghasilkan Peranti Penyejuk Udara Mudah Alih Yang Boleh Dimuatkan Ke Dalam Poket
- Elevation Lab Melancarkan Aksesori FamilyCharger
- Malaysia Bukan Lagi Fokus Utama Bagi Pasaran Telefon Pintar Sony
- PUMA Dan Sony Berkolaborasi, Lancar Pakaian Dan Aksesori Bertemakan PlayStation
- Sony PlayStation Dianugerahkan Rekod Dunia Guinness Sebagai Konsol Permainan Paling Laris Terjual Di Dunia
- Sony Tayang EV Dikawal Guna Alat Kawalan Jauh Konsol PS5
- Anda Kini Boleh Dapatkan Pelbagai Aksesori Komputer Armaggeddon Di Stor Rasmi Shopee Malaysia
- Mahukan Jenama Elektronik Yang Berikan Impak Sosial Paling Ketara? Beli Produk Sony Berbanding Apple - Forbes