Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Watch Ultra – 2

Akibat Kekurangan Inovasi, Jualan Apple Watch Merudum – Kajian

Diterbitkan Mac 17, 2025 · Dikemas kini Mac 17, 2025 oleh ariff bukhari

Pasaran jam tangan pintar global menyusut sebanyak 7% pada tahun 2024 menurut laporan penyelidik dari Counterpoint Research.

Apple didapati mencatakan kejatuhan terbesar dengan sebanyak 19% akibat permintaan rendah di AS serta kekurangan inovasi pada model terbaru mereka.

“Apple Watch menyaksikan momentum penurunan pada ulang tahunnya yang ke-10, walaupun pelancaran siri S10. Pemacu terbesar penurunan itu ialah Amerika Utara, di mana ketiadaan Ultra 3 dan peningkatan ciri minimum dalam barisan S10 menyebabkan pengguna menahan pembelian.” Penganalisis Penyelidikan Kanan Anshika Jain.

Beliau turut menyatakan, jualan barisan Apple Watch SE sedia ada dan kekurangan model SE baharu juga menyumbang kepada penurunan ini.

Sebaliknya, jam pintar keluaran syarikat China seperti Xiaomi menunjukkan pertumbuhan tertinggi sebanyak 135% yang didorong kejayaan Xiaomi Watch S1 dan jam pintar Redmi yang ditawar pada harga mampu milik.

Huawei turut mencatat peningkatan ketara dengan 35% hasil pertumbuhan pasaran di China.

Samsung pula mencatat kenaikan sederhana 3% menerusi model Galaxy Watch7, Galaxy Watch Ultra dan Galaxy Watch FE.

smartwatch market 2024

Namun begitu, Apple masih menguasai pasaran dengan 22%, diikuti Huawei (13%), Samsung (9%), Xiaomi (8%) dan Imoo (6%).

China kini merupakan pasaran jam pintar terbesar dunia (25%), mengatasi India (23%), Amerika Utara (22%) dan Eropah (15%).

Walaupun menyusut pada 2024, Counterpoint Research menjangkakan pasaran ini akan kembali tetapi  berkembang perlahan pada 2025 ini.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Ini 5 Telefon Pintar 2025 Dengan Kamera Cantik Untuk Foto Dan Video Raya
  • Kajian Dedah Aplikasi Diet Dan Kecergasan Beri Kesan Negatif Terhadap Sesetengah Pengguna

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
©2026 WISER.MY