Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
airasia unlimited pass

AirAsia Terima Aduan Tertinggi Setakat Jun 2022 – MAVCOM

Diterbitkan September 20, 2022 · Dikemas kini September 20, 2022 oleh ariff bukhari

Dalam Laporan Pengguna dwi-tahunan yang ke-12 Industri Penerbangan untuk separuh pertama tahun 2022 yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (“MAVCOM”) mendedahkan, syarikat penerbangan AirAsia telah menerima jumlah aduan tertinggi daripada pengguna.

Aduan yang diterima AirAsia dari bulan Januari hingga Jun 2022 adalah sebanyak 42.1 peratus (527) daripada jumlah keseluruhan aduan yang diterima.

Ia seterusnya diikuti oleh syarikat penerbangan Malaysia Airlines dengan 40.7 peratus (509) dan Batik Air dengan 7.9 peratus (99) aduan.

Berkaitan

  • Hanya Untuk Wanita, airasia Ride Perkenal Ciri 'LadiesONLY'
  • airasia Tawar Kerja Tetap Kepada Penghantar Gig, Tambahan Pendapatan Terjamin Sehingga RM3,000 Sebulan
  • Mahu Jadi Pemandu Sepenuh Masa? airasia ride Kata "Mari"

Majoriti aduan yang dibuat adalah berkaitan dengan penjadualan semula penerbangan, pembatalan penerbangan serta tempahan dalam talian secara kolektif menyumbang kepada 46.1 peratus (577) daripada jumlah aduan yang telah diterima.

mavcom 2022

Sepanjang separuh pertama tahun 2022, sebanyak 1,251 aduan telah didaftarkan dengan MAVCOM.

99.1 peratus (1,240) daripada aduan yang telah diterima adalah berkenaan syarikat penerbangan manakala 0.9 peratus (11) daripada aduan tersebut adalah berkaitan dengan lapangan terbang.

Jumlah itu sekaligus menunjukkan peningkatan hampir 8 kali ganda berbanding 157 aduan yang diterima dalam tempoh yang sama pada tahun lepas.

Sumber: MAVCOM, MAVCOM Consumer Report 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY