Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cip Apple A12X Menandakan Permulaan Era MacBook Dengan Cip ARM Pada Masa Akan Datang?

Air Asia Menghalang Sebahagian Model Macbook Pro Dibawa Naik Ke Pesawat Mereka

Diterbitkan Ogos 29, 2019 · Dikemas kini Ogos 29, 2019 oleh ariff bukhari

Kecuali bateri MBP sudah diganti dari pihak Apple.

Air Asia adalah antara syarikat penerbangan yang mula melarang beberapa model lama komputer riba MacBook Pro daripada dibawa masuk ke dalam penerbangannya selepas Apple menarik balik unit-unit tertentu dengan bateri yang menimbulkan risiko kebakaran.

Para penumpang mereka tidak dibenarkan membawa model yang terjejas sama ada ke dalam bagasi kabin atau berdaftar sehingga bateri itu disahkan selamat atau digantikan oleh pengeluar.

“Guests who provide official documentation to verify the battery has been replaced as part of the Products formal Recall program will be permitted to bring the device onboard AirAsia flights.” Air Asia.

Apple menyatakan pada Jun lalu mereka menarik balik “bilangan terhad” unit 15 inci MacBook Pro kerana baterinya mudah menjadi terlalu panas. Unit-unit terjejas dijual antara September 2015 hingga Februari 2017.

Unit-unit yang terjejas oleh langkah penarikan balik pada bulan Jun itu boleh dikenalpasti dengan nombor siri produk tersebut.

Tindakan pihak Air Asia ini dibuat selepas pihak berkuasa penerbangan Eropah dan Amerika menguat kuasakan sekatan ke atas Macbook Pro yang terpalit dengan isu bateri mudah terbakar.

Selain Air Asia, beberapa syarikat penerbangan lain Asean juga telah turut mengambil langkah sama termasuklah Singapore Airlines (SIA), Thai Airways dan Royal Brunei Airlines.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY