Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

AI Guna Lebih Banyak Air Daripada Seluruh Industri Air Botol Global – Kajian

Posted on Disember 31, 2025Januari 2, 2026

Ledakan teknologi kecerdasan buatan (AI) kini membawa kos alam sekitar yang semakin membimbangkan.

Walaupun pertumbuhan pesat kecerdasan buatan (AI) membawa manfaat besar kepada urusan manusia meliputi pelbagai sektor industri, namun, di sebalik kelebihan ini, timbul cabaran besar terhadap sumber air dunia.

Analisis baru terhadap jejak alam sekitar kecerdasan buatan mencadangkan bahawa melatih dan menjalankan model seperti ChatGPT mungkin sudah menggunakan lebih banyak air setiap tahun daripada jumlah air botol yang diminum oleh manusia di seluruh dunia.

Dalam salah satu kajian yang menumpukan secara khusus kepada kesan alam sekitar AI, dalam jurnal sains data Patterns menganggarkan bahawa penggunaan air teknologi itu khususnya kemungkinan jauh lebih tinggi daripada anggaran sebelum ini.

Kajian itu mendapati penggunaan air oleh sektor AI telah melebihi jumlah air botol yang digunakan seluruh dunia, iaitu sekitar 450 bilion liter setahun.

Laporan oleh Government Digital Sustainability Alliance (GDSA) mendedahkan penggunaan air oleh AI dijangka meningkat daripada 1.1 bilion kepada 6.6 bilion meter padu menjelang 2027.

Punca utama kepada isu ini ialah pusat data berskala besar yang menempatkan cip berprestasi tinggi yang menghasilkan haba melampau ketika proses latihan dan inferens.

Jadi, untuk mengelakkan kerosakan perkakasan, pusat data bergantung pada sistem penyejukan berasaskan penyejatan atau gelung cecair, kebanyakannya menggunakan bekalan air tempatan.

Penggunaan air operasi di pusat data. Kredit: Gov. UK.

Realitinya, setiap interaksi dengan chatbot boleh menyamai penggunaan 500ml air. Lebih membimbangkan, banyak pusat data terletak di kawasan yang sudah berdepan krisis air, menimbulkan ketegangan dengan komuniti setempat.

Lebih malang lagi, air penyejuk itu sukar dikitar semula kerana tercemar dengan habuk dan bahan kimia. Situasi ini menambah tekanan terhadap bekalan air bersih, terutama di kawasan berisiko tinggi.

Tambahan pula, 55% pusat data terletak di lembangan sungai yang mudah tercemar, manakala 68% berhampiran kawasan biodiversiti penting.

Sehubungan itu, laporan kajian itu mengeaskan langkah mitigasi termasuk membina pusat data di lokasi bebas tekanan air, menggunakan sistem penyejukan tertutup, memanfaatkan air hujan serta penialaian kesan biodiversiti sebelum pembangunan perlu dilaksanakan.

Hanya dengan pendekatan lestari, AI dapat dimanfaatkan tanpa menjejaskan ekosistem dan komuniti.

Tanpa inovasi perkakasan atau sistem penyejukan tertutup, jejak air AI dijangka terus meningkat, menjadikan “water footprint” sama penting dengan “carbon footprint” dalam menilai kelestarian teknologi masa depan.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress