Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aduan Terhadap Servis Internet Meningkat Sehingga 70% Sepanjang Pandemik Covid-19

Aduan Terhadap Servis Internet Meningkat Sehingga 70% Sepanjang Pandemik Covid-19

Diterbitkan September 5, 2020 · Dikemas kini September 5, 2020 oleh ariff bukhari

Dalam Laporan oleh Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), terdapat 4 perkara penting ketika pendemik Covid-19 yang telah menjadi ujian kritikal untuk negara mendepani cabaran memenuhi keperluan infrastruktur digital.

Menurut JENDELA, sepanjang pandemik yang sedang berlaku ketika ini, permintaan capaian internet telah meningkat antara 30% hingga 70%.

Peningkatan pengunaan internet di kawasan perumahan yang padat dengan penduduk juga meningkat antara 50% hingga 70%.

Akibat permintaan di kawasan perumahan yang meningkat secara mendadak itu juga menyebabkan kelajuan internet diseluruh negara telah menurun antara 30% hingga 40%.

Ia sekaligus menyebabkan aduan terhadap kelajuan internet dan langgganan terhadap servis baru turut meningkat antara 40% hingga 70%.

Jadi, kesemua permasalahan yang berlaku sepanjang pandemik ini menjadi kayu pengukur untuk negara menyediakan infrastruktur rangkaian internet yang lebih baik pada masa akan datang.

Menurut JENDELA, ketika ini capaian rangkaian 4G di seluruh negara telah meliputi sehingga 91.8%.

Jadi antara tahun 2020 hingga 2022, JENDELA mensasarkan liputan 4G akan meliputi sehingga 96.9% dengan sasaran kelajuan rangkaian mencapai sehingga 35Mbps.

Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) telah dibangunkan secara kolektif oleh pemain industri dan pihak Kerajaan melalui sesi Makmal Infrastruktur Digital Negara yang dianjurkan oleh SKMM bermula 13 Julai sehingga 14 Ogos 2020 lalu.

Ia adalah bagi mempertingkatkan tahap kesalinghubungan & kualiti pengalaman perkhidmatan  komunikasi di seluruh negara.

JENDELA akan memperluas liputan dan mempertingkat kualiti perkhidmatan jalur lebar melalui inisiaitif-inisiatif yang telah dikenalpasti serta mempersiapkan negara ke arah teknologi 5G.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
©2026 WISER.MY