adidas Golf Superstar Akan Berada Di Pasaran Bermula 17 Ogos

adidas golf

Bersempena dengan ulang tahun adidas Superstar yang ke-50 tahun ini, adidas Golf memperkenalkan kasut adidas Superstar versi sukan itu. Sepanjang tahun 2020, syarikat adidas telah berusaha mengeluarkan pelbagai variasi dalam koleksi Superstar. Pada 17 Ogos nanti, adidas Golf Superstar pula akan mula berada di pasaran.

Seperti yang sedia tahu, setiap tapak kasut golf pasti akan direka dengan bilah spike. Sama seperti keluaran Golf Superstar  ini, terdapat enam bilah spike di tapak atau outsole kasut itu nanti.

adidas golf

Di tapaknya juga mempunyai unsur atau rekaan daya tarikan berbentuk bulat yang aslinya memang terdapat di koleksi Superstar bertujuan untuk memberi kestabilan kepada pengguna.

Keseluruhan bahagian atas kasut diperbuat daripada kulit, kecuali di bahagian depan kasut yang menggunakan rekaan asli shell toe getah, sesuai untuk kasut golf.



Warna putih awan atau Cloud White menjadi latar belakang kasut adidas Golf Superstar. Seterusnya dilengkapkan dengan warna teras hitam atau Core Black pada bahagian tumit dan juga tiga jalur sebagai lambang jenama adidas. Sedikit warna emas juga diselitkan pada bahagian lidah kasut dan juga pada tulisan jenama Superstar di pertengahan bahagian tepi kasut.



Dengan harga RM539 sepasang, anda boleh dapatkan adidas Golf Superstar melalui laman web rasmi adidas bermula 17 Ogos ini.

Sumber: Hypebeast & Golf News Net

Baca lagi yang berkenaan: adidas Superstar “Shelltoe” – Lima Kolaborasi Terbaik Yang Pernah Dikeluarkan

Berkaitan