Adakah Ini Antaramuka MIUI 9?

Beberapa hari yang lalu, sebanyak 3 buah foto telah berlegar di internet dan difahamkan ia adalah antaramuka MIUI 9.

Foto-foto tersebut dimuat naik sendiri oleh Naib Presiden Pemasaran Xiaomi, Huang Longzhong pada akaun peribadi Weibo sejak Rabu yang lepas.







Menerusi muat naik berkenaan, Huang meminta pendapat umum sama ada mereka menyukai ataupun tidak antaramuka baru itu.
"Menyiasat: jika ini adalah gaya baru MIUI 9, adakah anda suka? (Imej dari millet tema rasmi terbaru "geometri")" ujar Huang pada post-nya di Weibo.

Jika dilihat, MIUI 9 mungkin dilancarkan lewat oleh kerana versi beta pun masih belum dikeluarkan lagi.

MIUI 9 dibangun berasaskan Android Nougat 7.0, dan baru-baru ini senarai peranti Xiaomi yang akan menerima Nougat 7.0 serta Nougat 7.1 telah pun tersebar.

Selain daripada itu, terdapat juga khabar angin menyatakan antara fungsi yang turut dijangka hadir pada MIUI 9 adalah ciri

  • split screen




  • picture-in-picture




Sumber: Weibo