Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hacker stealing data from computer

Adakah Data Anda Berada Di Dark Web? Ini Cara Nak Ketahui

Diterbitkan Disember 9, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

NortonLifeLock atau dikenali sebagai Norton hari ini melancarkan sebuah fungsi baru dinamakan Dark Web Monitoring untuk pengguna di Malaysia.

Dark Web Monitoring ini tersedia Norton 360 Premium, Norton 360 Deluxe dan Norton 360 for Gamers. Dengan fungsi ini, alamat e-mel yang didaftarkan pada pelan Norton 360 akan dipantau secara automatik, manakala papan pemuka yang mudah digunakan membenarkan maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi turut sama dipantau.

Perlindungan ini termasuk alamat e-mel, nombor telefon dan sehingga sepuluh nombor kad kredit dan beberapa jenis data yang lain. Sekiranya data pelanggan ditemui di dark web, notifikasi yang dihantar membenarkan tindakan langsung diambil termasuk menukar kata laluan atau menghubungi pembekal perkhidmatan yang dipercayai.

Pelanggan sedia ada dengan langganan aktif juga akan menikmati ciri ini tanpa caj tambahan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di SINI.

Baca juga:

  • NortonLifeLock Membeli Avast Pada Nilai USD8 Bilion
  • 9 Model Router Popular Disahkan ‘Tak Selamat’ Untuk Digunakan
  • Bukan Koronavirus, Tapi Pengeluar Vaksin Diserang Malware ‘Tardigrade’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY