Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acerpure Pro P3, Pembersih Udara Yang Dipertingkat Kualiti Tapisan

Acerpure Pro P3, Pembersih Udara Yang Dipertingkat Kualiti Tapisan

Diterbitkan Mac 20, 2024 · Dikemas kini Mac 20, 2024 oleh Athirah Isa

Acer Malaysia telah melancarkan Acerpure Pro P3 Air Purifier (AP972-50B) yang membolehkan pengguna menikmati udara segar.

Pembersih udara model ini didatangkan dengan sistem perlindungan empat lapisan HEPA13 yang mampu memusnahkan zarah berbahaya, alergen dan bahan pencemar udara.

Acerpure Pro P3  kali ini direka dengan bentuk yang moden iaitu warna hitam dan tembaga. Pengguna juga boleh menyelaraskan tetapan dengan alat kawalan jauh magnet yang disediakan dari semasa ke semasa.

{suggest}

Tambahan pula, wujudnya ciri kadar penghantaran udara bersih (CADR) 700cmh tinggi dan kawasan liputan sehingga 110m2. Tahap hingar minimum yang senyap serendah 24dB yang membolehkan pengguna menikmati persekitaran yang aman tanpa gangguan.

Acerpure Pro P3 ini dijual dengan tanda harga RM5,599 dan bersempena kehadirannya di Malaysia, Acer menawarkan hadiah bernilai lebih RM2,500 buat 40 unit pertama yang dijual sebelum 31 Mac ini.

Selain itu juga, sempena Hari Raya yang akan tiba, promosi Acerpure Raya juga akan bermula pada 20 Mac 2024 sehingga 19 Mei 2024.

Pelanggan turut berpeluang untuk memenangi hadiah termasuk baucar Ikea sebanyak RM8,000 dan hadiah yang lain-lain.

Sumber: Siaran Media Acer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY