Acer Predator Helios, Triton, Dan Nitro Dikemaskini Dengan Cip Intel Gen-10 Siri-H Dan Sistem Penyejukan Baharu

Seiring dengan pelancaran Swift 5, Acer turut mengemaskini barisan komputer riba gaming mereka iaitu Predator Helios 700, Helios 300, Triton 300, dan Nitro 7.

Kini komputer riba tersebut diperkenalkan dengan cip Intel Gen-10 siri-H yang lebih berkuasa dan sokongan sehingga Nvidia GeForce RTX 2080 SUPER. Antara yang lain adalah ia dilengkapi dengan teknologi sistem penyejukan baharu, rekaan thermal lebih dipertingkatkan, dan tambahan paip haba.

Predator Helios 700


Helio 700 masih lagi menggunakan rekaan papan kekunci HyperDrift yang boleh menggelungsur seperti sebelumnya. Namun kini ia dikemaskini sehingga Intel Core i9-10980HK atau i7-10875H.



Untuk pilihan grafik, pengguna mempunyai pilihan sama ada Nvidia GeForce RTX 2080 SUPER atau RTX 2070 SUPER. Pada model i9, komputer riba dimuatkan dengan Predator PowerGem. Ia merupakan bahan khas dengan 3.83 kali lebih efektif berbanding kuprum untuk pengaliran haba.

Antara elemen kemaskini lain adalah pilihan RAM adalah sehingga 64GB berkelajuan 2933MHz, tambahan port Thunderbolt 3, dan kad Wi-Fi 6 Killer Doubleshot Pro. Selain itu, ia dilengkapi dengan PCIe NVMe SSD dalam RAID 0 untuk prestasi lebih pantas.

Harga jualan Predator Helio 700 ini adalah bermula pada 2,399USD (~RM10,254).

Predator Helios 300


Helios 300 merupakan model Helios yang lebih popular disebabkan harga yang lebih mampu milik. Selain hadir dengan cip Intel Gen-10 siri-H, ia juga dilengkapi dengan grafik Nvidia GeForce RTX 2070 Max-Q.



Paparan komputer riba adalah 15.6 inci IPS FHD 240Hz. RAM pula maksimum 32GB DDR4 dan sokongan PCIe NVMe SSD 2 TB. Sepertimana Helios 700, ia juga dimatkan dengan kipas AeroBlade generasi ke-4 rekaan baharu untuk penyejukan lebih efisien.

Acer Predator Helios 300 ini dijual bermula harga 1,199USD (~RM5,124).

Predator Triton 300


Triton 300 merupakan penawaran komputer riba gaming ringan dan nipis. Ia dikemaskini dengan Intel Gen-10 siri-H, pilihan sehingga Nvidia RTX 2070 Max-Q, dan panel 240Hz.



 

Sistem penyejukan komputer riba ini telah dipertingkatkan dengan 2 kipas AeroBlade generasi ke-4 dan posisi ekzos lebih efektif.

Sebagaia sebuah komputer riba nipis dan ringan, ia mempunyai tebal 19.9mm dan berat 2.1kg, sesuai untuk dibawa ke mana-mana.

Untuk harga jualan, Acer Predator Triton 300 dijual bermula 1,299USD (~RM5,551).

Nitro 7


Untuk yang mahukan pilihan lebih bajet, mereka akan memilih Acer Nitro. Selain pemprosesan Intel Gen-10 siri-H baharu, komputer riba didatangkan dengan RTX 2060.



Spesifikasi lain adalah 3 slot M.2 SSD, storan sehingga 1TB, RAM sehingga 32GB DDR4, dan Wi-Fi 6. Turut serta adalah rekaan sistem penyejukan kipas AeroBlade dan juga 4 port ekzos.

Acer Nitro 7 ini dijual bermula 999USD (~RM4,270). Buat masa ini kesemua model komputer riba yang diumumkan ini dijual di Amerika Syarikat untuk permulaan ini.

Sumber: Acer

Beli komputer riba Acer di-
Lazada: https://invol.co/clpimt