Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer Perkenal TravelMate P6 14 AI, Komputer Riba Bawah 1kg

Acer Perkenal TravelMate P6 14 AI, Komputer Riba Bawah 1kg

Diterbitkan September 7, 2024 oleh Rushsyafizal

Acer baru-baru ini melancarkan TravelMate P6 14 AI, sebuah komputer riba ultra ringan yang dilengkapi dengan teknologi terkini Copilot+ di bawah 1kg. Komputer riba ini dikuasakan oleh pemproses Intel Core Ultra, menawarkan prestasi tinggi serta pengalaman kecerdasan buatan (AI) yang meningkatkan produktiviti dan keselamatan.

Acer Perkenal TravelMate P6 14 AI, Komputer Riba Bawah 1kg

Direka khas untuk organisasi komersial, TravelMate P6 14 AI ini juga menawarkan paparan WQXGA+ atau WUXGA 14 inci dengan nisbah aspek 16:10 dan nisbah skrin-ke-badan 82%, memberikan visual yang lebih luas.

Bukan itu sahaja ia juga menyediakan sambungan Wi-Fi 7, serta pensijilan ketahanan gred tentera MIL-STD 810H, malah didatangkan juga bersama batteri 65Wh dan menyokong pengecasan pantas dan ketahanan bateri yang lama serta sambungan Wi-Fi 7.

Antara ciri-ciri yang ditawarkan termasuk Acer Assist, pembantu maya AI yang dapat menyokong pelbagai tugasan, serta Acer LiveArt 2.0 yang memudahkan penyingkiran latar belakang gambar.

Komputer riba ini juga dilengkapi dengan teknologi keselamatan seperti kamera IR untuk pengecaman wajah serta sensor AI untuk mengunci skrin secara automatik apabila pengguna meninggalkannya.

TravelMate P6 14 AI bakal menerima kemas kini percuma untuk pengalaman Copilot+ PC pada akhir tahun ini, untuk maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi Acer.

Sumber :Acer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • Rebut REDMAGIC 9S Pro, Diskaun RM500 Dalam Promosi 9.9
  • Siri realme 13 Pro 5G Bakal Dilancarkan Pada 19 September 2024
  • GXBank Turunkan Kadar Faedah Harian Bermula 1 Oktober 2024

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY