Paling menarik adalah 2 siri komputer riba mereka terdahulu iaitu Acer Swift 3 OLED dan Aspire Vero kini dilengkapi dengan perkakasan yang lebih berkuasa.
Jika dahulu 2 siri komputer riba ini hanya dikatakan untuk buat kerja-kerja biasa sahaja. Tetapi kini ia turut mampu memenuhi tuntutan trend pembangun kandungan kreatif yang mahukan komputer riba berprestasi.
Acer Swift 3 OLED 2022 dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core H-Series Generasi ke-12 (Intel Evo), paparan OLED 14-inci 16:10 WQXGA+ (2.8k) VESA DisplayHDR True Black 500, garfik yang dikuasakan oleh cip Intel Iris® Xe dan memori LPDDRS yang menyokong sehingga sehingga 15 GB RAM.
Satu lagi komputer riba terbaru yang diperkenalkan Acer untuk tahun 2022 ini adalah Acer Spin 5 yang turut dikuasakan oleh Intel Evo yang menampilkan pemprosesan Intel Core i7 Generasi ke-12.
Acer Spin 5 didatangkan dengan memori LPDDRS 16 GB dan storan pantas SSD 1 TB PCIe Gen 4.
Acer Spin 5 dilengkapi dengan sistem penyejukan TwinAir Spin 5 yang direka dengan seni bina Vortex Flow Acer, sekaligus meningkatkan prestasinya sehingga 75%.
Bagi siri ini, ia didatangkan dalam 2 model iaitu Acer Spin 5 dan Acer Spin 3.
Kedua-dua model bagi siri ini merupakan komputer riba boleh ubah seringan 1.3 kg, ultra nipis 16.9 mm dengan paparan sentuh 14-inci dan dilengkapi dengan cip grafik dan Intel Iris Xe.
Komputer riba Acer Swift 3 OLED dan siri Acer Spin akan ditawarkan di Amerika Syarikat pada Julai 2022 nanti.
Acer Swift 3 OLED akan dijual pada harga USD899.99 (~RM3955.00) dan harga jualan bagi siri Acer Spin akan bermula dari USD849.99 (~RM3736.00).
Untuk info lanjut tentang barisan produk terbaru Acer ini, sila layari laman rasmi Acer.
Berkaitan
- Pakar Keselamatan Komputer Mengaku Salah Membangun dan Menjual Perisian Hasad
- Razer Perkenalkan Komputer Riba Pertama Mereka Yang Dilengkapi Dengan Paparan 17 Inci 4K UHD 120Hz
- Apple 1, Komputer Keluaran Pertama Apple Telah Dijual Pada Harga Hampir RM2 Juta
- Windows 11 Komputer Anda Tidak Akan Dikemas Kini Jika Ada Pasang 11 Aplikasi Ini
- Aplikasi Pinjaman Digital Mudah Alih Diperkenal, Pinjaman Peribadi Fleksibel Sehingga RM5,000
- 5 Pepijat Menyebabkan Beratus Juta Pengguna Komputer Dell Berdepan Isu Keselamatan
- Kemas Kini Windows 10 KB5004296 Ditawarkan, Membetulkan Isu Ketika Bermain Permainan Komputer
- Samsung Melancarkan Komputer Riba Galaxy Book Pro Dan Galaxy Book Pro 360
- Western Digital Perkenalkan 5 Storan Luar Terbaru WD Black Untuk Komputer Dan Konsol Permainan Video
- Huawei Lancar TWS, Komputer Riba Dan Tablet Baharu