Terbaru, Acer Malaysia kini kembali untuk tahun keempat bagi acara Acer Day 2020 dengan tema "Feel the Vibe". Berbanding acara fizikal, sambutan tahun ini diadakan secara dalam talian.
Bersempena itu, Acer akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik dan tawaran hebat bermula 2 hingga 4 Ogos 2020. Acara pembukaan akan diadakan pada 2 Ogos melalui penstriman langsung di Facebook Acer Malaysia bermula 3 petang.
Dalam tempoh yang sama, Acer Malaysia menganjurkan “Super Brand Day” di Shopee, yang menawarkan promosi menarik seperti “Massive Deals” dengan potongan harga sehingga 83% serta baucar Shopee yang bernilai sehingga RM200. Hanya perlu masukkan kod diskaun "MULCRJC7" dan kod ini terhad kepada 50 pembelian terawal.
Selain itu, Acer Malaysia turut mengumumkan penampilan komputer riba gaming baharu iaitu Predator Helios 300. Ia dilengkapi pemproses Intel Core Gen-10 dan NVIDIA GeForce RTX 2060. Dengan setiap pembelian Predator Helios 300, Acer memberikan potongan harga RM100 dengan harga promosi RM4,499 berbanding harga asal RM4,599.
Tidak hanya itu, hadiah percuma juga disertakan bagi setiap pembelian komputer riba gaming ini. Antaranya termasuk Predator Mousepad dan Flask. T-shirt, Predator Cap dan RM50 Touch 'n Go juga boleh ditebus melalui a-redemption.com.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Acer Day 2020, layari halaman Facebook Acer Malaysia.
Berkaitan
- Volkswagen Malaysia Lancar Kedai Jualan Rasmi Di Shopee
- Kuo: Jualan Telefon Pintar Xiaomi Pada 2023 Mungkin Lebih Rendah Daripada Jangkaan
- Tindakan Google Nyahaktif Paparan Tukaran MYR Bukan Arahan Mana-Mana Pihak - Fahmi
- TSMC Dan Foxconn Adalah Antara Syarikat Yang Berminat Mengambil Alih ARM
- Perincian Akaun 3 KWSP Akan Diumum Sebelum Hujung Bulan Ini
- Apple Dilapor Batalkan Projek Apple Car, Pekerja Dipindah Dan Diberhentikan
- Singapura Cadang Bank, Telco Perlu Bayar Balik Kerugian Mangsa 'Scam'
- realme Narzo 20 Pro Akan Dijual Lebih Murah, Percuma Smart Cam 360 Untuk Esok Sahaja
- K-KOMM Sedang Tinjau Kaedah Negara Jiran Untuk Kurangkan Mangsa 'Scammer'
- realme C15 Rasmi Dilancarkan, Hadir Dengan Kuad Kamera Dan Bateri 6,000mAh