Google Message Bakal Hadir Dengan Sokongan Baru - Beri Reaksi Emoji Pada Mesej Seperti Twitter

Sekitar tiga minggu yang lepas, Twitter telah menambah satu sokongan baru pada platformnya iaitu pengguna dapat memberi reaksi emoji pada Direct Message. Kini Google Message pula menambah sokongan yang sama untuk kelihatan menarik. Bermula pada platform Facebook, kini platform sosial media yang lain juga mengikuti benda yang sama.

https://twitter.com/wongmjane/status/1227990399123197953

Jane Machun Wong merupakan seorang pembangun yang telah mendapat akses awal terhadap fungsi dan ciri baru ini, menunjukkan beberapa emoji yang boleh digunakan. Antaranya adalah ?, ?, ?, ?, ?, ? dan ?.  Ia kelihatan agak menarik kerana penyediaan emoji yang agak banyak berbanding platform sosial media yang lain.

Selain itu, ciri baru lain adalah pengguna dapat melukis pada gambar. Google Message 5.7 beta sedang membangunkan ciri tersebut pada pengguna di mana ciri ini seakan sama terdapat di Google Duo. Setakat ini, tiada lagi maklumat mengenai ciri baru ini bila akan dilancarkan.

Sumber : XDA Developers