Microsoft kini menguji ciri cloud connect untuk Xbox Nano Controller. Ciri ini membolehkan controller tersebut bersambung terus ke server Xbox Cloud Gaming melalui Wi-Fi, tanpa perlu dipasangkan dengan TV menerusi Bluetooth. Menurut Xbox Wire, input daripada controller akan dihantar terus ke server cloud yang menjalankan permainan, sekali gus boleh membantu mengurangkan input latency. Ciri tersebut…
TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara – Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
Pengguna TNG eWallet kini boleh menempah perkhidmatan e-hailing di luar negara secara terus melalui aplikasi tersebut, tanpa perlu memuat turun aplikasi tempatan atau menyediakan kaedah pembayaran baharu. Ciri baharu yang diperkenalkan oleh TNG Digital ini membolehkan pengguna membuat tempahan e-hailing di 47 negara serta lebih 12,000 bandar melalui kerjasama dengan Alipay+. Antara destinasi yang disokong…
Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
Balai Cerap Neil Gehrels Swift milik NASA secara rasminya telah menamatkan operasinya apabila ia memasuki semula atmosfera Bumi selepas hampir 22 tahun berada di angkasa lepas. Satelit berbilang panjang gelombang yang dilancarkan pada tahun 2004 ini pada asalnya hanya direka untuk misi utama selama dua tahun bagi mengkaji letupan paling berkuasa di alam semesta, iaitu…
CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) menegaskan komitmennya dalam memastikan perlindungan data pelanggan dan akauntabiliti menjadi keutamaan mereka. Menerusi forum bertemakan “Tanggungjawab dalam Era AI” anjuran CelcomDigi, ia menghimpunkan pakar pelbagai bidang bagi membincangkan amalan piawaian kecerdasan buatan (AI) yang selamat, privasi, serta keselamatan siber. Ketua Kelestarian CelcomDigi, Philip Ling menyatakan, “Orang ramai perlu yakin bahawa data…
Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
Bluetooth bakal menerima peningkatan dari segi kelajuan pemindahan data menerusi teknologi Bluetooth High Data Throughput (HDT) yang telah diterima pakai secara rasmi oleh Bluetooth Special Interest Group (SIG) sebagai ciri pilihan dalam spesifikasi Bluetooth Core 7.0. Menerusi teknologi ini, kadar bit maksimum Bluetooth Low Energy (LE) meningkat kepada 7.5 Mbps, iaitu hampir empat kali ganda…
Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu ‘Follow Me’ Di Merdeka 118
Antigravity memperlihatkan teknologi dron baharu menerusi pelancaran Follow Me Bundle untuk Antigravity A1, sempena pembukaan Kedai Rasmi Insta360 di Merdeka 118 Mall yang terletak di Lot L2-19. Berbeza dengan penggambaran konvensional, Antigravity A1 merakam persekitaran dalam format 8K 360° secara automatik sambil mengejar subjek yang bergerak. Ini membolehkan pengguna menukar sudut pandangan (reframe) selepas penerbangan…
