Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AI image_

89% Pengguna Internet Malaysia Kini Guna AI

Diterbitkan Ogos 15, 2025 · Dikemas kini Ogos 15, 2025 oleh Amalina Athman

Sebanyak 89% pengguna internet di Malaysia kini menggunakan kecerdasan buatan (AI), meningkat daripada 75% pada 2024.

Menurut laporan “Digital Lives Decoded 2025: Building Trust in Malaysia’s AI future” oleh Telenor Asia, AI digunakan oleh pengguna internet di Malaysia sebagai alat penting untuk meningkatkan produktiviti, pembelajaran, dan kemudahan harian.

Selain itu, bilangan pengguna yang menggunakan AI untuk tujuan kewangan serta kesihatan dan kecergasan turut meningkat lebih dua kali ganda. Kajian itu juga mendapati bahawa satu perempat daripada pengguna internet yang disoal selidik menggunakan AI beberapa kali sehari.

Di tempat kerja, 51% menggunakan AI, terutamanya untuk analitik, pembangunan kandungan, dan khidmat pelanggan. AI juga membantu meningkatkan kemahiran seperti penyelesaian masalah, analisis data, penyelidikan, dan kreativiti.

Generasi Z mendahului penggunaan AI

Generasi Z adalah pengguna AI paling aktif, tetapi juga paling peka terhadap implikasi etika. Hampir 9 daripada 10 pengguna Gen Z menggunakan AI untuk mencipta kandungan, tugasan sekolah, dan sokongan emosi.

Penggunaan AI juga dilaporkan membantu meningkatkan kepimpinan, empati, dan keyakinan mereka.

Kajian yang melibatkan 1,000 pengguna internet menunjukkan rakyat Malaysia celik digital dan optimistik terhadap potensi AI, tetapi sangat menyedari risiko, isu etika, keadilan dan kawalan berkaitan AI.

Majoriti, iaitu 6 daripada 10 orang, percaya bahawa meningkatkan kemahiran AI adalah tanggungjawab peribadi, menunjukkan peralihan ke arah kebergantungan kendiri dalam menghadapi landskap AI.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • ChatGPT Kini Terima Lebih 2.5 Bilion 'Prompt' Setiap Hari
  • Malaysia ‘Top 4’ Dunia Dalam Penggunaan ChatGPT
  • YTL AI Labs Lancar ILMU - Model AI 100% Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY