Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
84% Terumbu Karang Dunia Diambang Kehancuran Akibat Fenomena ‘Bleaching’

84% Terumbu Karang Dunia Diambang Kehancuran Akibat Fenomena ‘Bleaching’

Diterbitkan April 24, 2025 oleh ariff bukhari

Terumbu karang dunia kini berada di ambang kehancuran pada skala yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Status terkini menunjukkan, hampir 84% kawasan terumbu karang global terjejas dengan fenomena yang dipanggil sebagai bleaching (pemutihan) sejak ia bermula pada awal 2023.

“Dari 1 Januari 2023 hingga 20 April 2025, tekanan haba tahap pelunturan telah memberi kesan kepada 83.7 peratus daripada kawasan terumbu karang dunia”, NOAA.

Fenomena ini yang telah dipantau sejak 1980 an lagi berpunca daripada pemanasan laut akibat pembebasan gas rumah hijau oleh manusia.

Pemutihan berlaku apabila karang mengusir alga yang memberi warna dan nutrien penting, menjadikan karang lemah dan mudah mati.

Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan AS (NOAA) menyatakan bahawa suhu laut yang tinggi kini menyebabkan kematian besar-besaran pelbagai spesies karang.

Di Honduras, liputan karang hidup menurun dari 46% kepada hanya 5% dalam beberapa bulan sahaja.

Jika pemanasan global mencecah 1.5°C, sebanyak 70–90% terumbu karang mungkin hilang, tetapi pada kenaikan suhu  2°C pula akan mengakibatkan hampir semua terumbu akan pupus.

Pakar menegaskan, hubungan antara pembakaran bahan api fosil dan kematian terumbu karang adalah jelas dan tidak boleh disangkal.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Eksoskeleton Pintar Pertama Dunia Untuk 'Outdoor', Kini Realiti Buat Peminat Aktiviti Lasak
  • Rasmi, Ghost of Yōtei Akan Dilancarkan Di PS5 Oktober Ini Dalam 3 Versi

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY