Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
8 Perkara Ini Wajib Dipaparkan Oleh Peniaga Dalam Talian

8 Perkara Ini Wajib Dipaparkan Oleh Peniaga Dalam Talian

Diterbitkan Ogos 29, 2020 oleh Amalina Athman

Berkuatkuasa 1 Julai 2013, Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 telah dikuatkuasakan. Melalui undang-undang ini, perniagaan dalam talian perlu mempamerkan beberapa maklumat mengenai perniagaan yang dijalankan.

Setelah lebih 7 tahun dikuatkuasa, nampaknya masih ramai penjual yang tidak mengendahkan peraturan ini. Kemungkinan masih ramai yang belum tahu mengenainya. Oleh itu, di bawah ini kami senaraikan semula 8 perkara yang wajib dipaparkan oleh peniaga dalam talian.

1. Nama penjual, syarikat atau perniagaan yang membekalkan barangan atau perkhidmatan melalui dalam talian. 

2. Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat. 

3. Alamat e-mel dan nombor telefon perniagaan dalam talian. 

4. Keterangan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

5. Harga penuh barangan atau perkhidmatan yang perlu dibayar. Ianya termasuk kos penghantaran, cukai atau apa-apa kos lain. 

6. Kaedah pembayaran.

7. Terma dan syarat.

8. Anggaran masa penghantaran kepada pembeli.

Dengan memaparkan lapan perkara ini, anda sebagai peniaga bukan sahaja mematuhi peraturan yang ditetapkan. Malah, ia juga dapat meningkatkan kepercayaan pengguna terhadap perniagaan yang dijalankan.

Selain itu, ia juga dapat melindungi pengguna dari sebarang penipuan urus niaga dalam talian.

8 perkara wajib berniaga online

Bagi peniaga yang gagal mematuhi lapan perkara yang disenaraikan di bawah Peraturan-Peraturan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012, Akta Perlindungan Pengguna 1999, denda boleh dikenakan sebanyak RM50,000 atau hukuman penjara tidak lebih dari tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber: BNM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY