Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Photo 4 – From left to right_ Siti Hidayati, Director, Artajasa, Roseanne T. Tan, Head, Business & Relationship Management, BancNet, Nguyen Quang Minh, Chief Executive Officer, NAPAS, Lawrence Chan, Group Chief Ex

6 Rangkaian Pembayaran ASEAN Seragamkan Transaksi Digital Rentas Sempadan

Diterbitkan Oktober 16, 2025 oleh ariff bukhari

Enam rangkaian pembayaran dari Malaysia, Singapura, Vietnam, Filipina dan Indonesia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menubuhkan piawaian global bagi pembayaran rentas sempadan tanpa kad.

Dinamakan George Town Accord, perjanjian ini menjadi asas kepada projek Next50 Common Standards yang bertujuan menyeragamkan transaksi digital seperti QR, NFC, biometrik dan AI.

Perjanjian ini menjadi asas bagi piawaian teknikal dan operasi pembayaran rentas sempadan yang konsisten, lancar dan selamat untuk lebih 538 juta orang di rantau ASEAN melibatkan:

  1. Payments Network Malaysia (PayNet) – Malaysia
  2. Network for Electronic Transfers (NETS) – Singapura
  3. National Payment Corporation of Vietnam (NAPAS) – Vietnam
  4. BancNet, Incorporated (BancNet) – Filipina
  5. PT ARTAJASA Pembayaran Elektronis (Artajasa) – Indonesia
  6. PT RINTIS Sejahtera (RINTIS) – Indonesia

Inisiatif ini menyasarkan keterhubungan sistem pembayaran domestik secara selamat dan inklusif, sambil mengekalkan kedaulatan negara masing-masing.

Ketua-ketua eksekutif dari PayNet, NETS, NAPAS, BancNet, Artajasa dan RINTIS menyatakan komitmen terhadap kerjasama strategik ini yang dijangka memperkukuh ekonomi digital serantau, meningkatkan kecekapan transaksi, dan memperluas keterangkuman kewangan.

Next50 juga akan menangani isu penipuan dan pertikaian transaksi, membentuk ekosistem pembayaran global yang lebih selamat.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Permudah Urusan Dalam Satu Aplikasi, Ini Yang Ada Dalam 'NINE Super App' Selangor
  • Kedah Berhasrat Tubuhkan "Kedah Science Centre" Di Kulim Hi-Tech Park

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 3 Jam Pintar Bawah RM700
  • JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun
  • Tourism Malaysia Dan Alipay+ Meterai MoU, Lancar Program Subsidi Pelancongan Eksklusif Berkuasa AI
  • Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah
  • MyDigital ID Rancang Guna Kriptografi Pasca Kuantum - Persediaan Hadapi Ancaman Siber Komputer Kuantum
  • Pengguna iPhone Lebih Berisiko Menjadi Mangsa Scam Berbanding Android - Google
©2026 WISER.MY