6 Lagi Syarikat Teknologi Dari China Telah Disenarai Hitam Oleh A.S

Syarikat dari A.S dilarang menjalankan perniagaan dan membekalkan komponen kepada syarikat-syarikat tersebut.


Selain daripada Huawei, kini terdapat 6 lagi syarikat teknologi dari China telah disenarai hitam oleh kerajaan A.S. 6 syarikat tersebut adalah Chengdu Haiguang Integrated Circuit, Chengdu Haiguang Microelectronics Technology, Higon, Sugon, THATIC dan Wuxi Jiangnan Institute of Computing Technology.

6 syarikat ini mungkin kurang popular dikalangan pengguna, tetapi syarikat-syarikat tersebut mempunyai jaringan kerjasama bersama 500 syarikat teratas supercomputer yang ada di dunia.

Sebagai contoh, Sugon mengilangkan komponen untuk syarikat Advanced Computing System (PreE) yang merupakan syarikat ke-43 dalam senarai 500 syarikat supercomputer paling berkuasa di dunia.

Selain itu, syarikat yang mempunyai kerjasama bersama AMD, THATIC juga telah disenarai hitam oleh kerajaan A.S. Pada tahun 2016 dahulu, AMD telah menjalinkan kerjasama bersama THATIC bagi melesenkan cip pemprosesan x86 untuk digunakan di China.

Jadi, sekatan baru ini pasti akan menyukarkan urusan perniagaan antara mereka walaupun kerajaan A.S boleh memberikan pengecualian.

Jabatan Perdagangan A.S bertanggungjawab dalam penyenaraian hitam syarikat-syarikat dari China ini kerana didakwa syarikat-syarikat tersebut telah terlibat, terlibat atau menimbulkan risiko yang melibatkan mereka dalam aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan keselamatan negara dan dasar luar Amerika Syarikat.

Penyenaraian hitam ke atas syarikat-syarikat tersebut menyebabkan syarikat-syarikat dari A.S dilarang sama sekali menjalankan sebarang urusan perniagaan dan membekalkan komponen kepada syarikat teknologi dari China.

Kecuali dengan pengecualian yang diberikan oleh kerajaan A.S.

Sumber: PC World

Berkaitan