Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dnb digital nasional berhad

5G: Kontrak 10 Tahun, ‘Telko’ Perlu Bayar RM30K Untuk 1Gbps Sebulan

Diterbitkan Mei 5, 2022 · Dikemas kini Mei 5, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Beberapa hari lalu, Menteri K-KOM mengesahkan dua syarikat telekomunikasi iaitu YTL dan TM sudah bersetuju mengambil pegangan ekuiti dalam DNB.

Empat lagi syarikat besar iaitu Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile dilaporkan masih belum berpuas hati dengan mengatakan tawaran RAO (Reference Access Offer) terbaru dikeluarkan DNB tidak menyelesaikan isu berbangkit sebelum ini.

Berpegang pada prinsip ketelusan, DNB menyediakan dokumen RAO yang berhalaman 108 helai ini untuk diakses orang ramai secara dalam talian.

Diterbitkan pada Mac lalu, ia mendedahkan bahawa syarikat telekomunikasi perlu membayar DNB sebanyak RM30 ribu setiap bulan untuk 1 Gbps dalam 1200 Gbps pertama.

Untuk setiap Gbps selebihnya, ia dijual pada harga lebih rendah iaitu RM22 ribu.

Dnb rate gbps 5g malaysia

Perkhidmatan USP (Universal Service Provision) yang menjadi mekanisme mengurangkan jurang capaian antara kawasan bandar dan luar bandar bagaimanapun tidak termasuk dalamnya.

Syarikat telekomunikasi dan DNB akan mengikat kontrak selama 10 tahun, menurut kandungan RAO ini.

Dengan tarikh akhir tawaran ialah 30 Jun 2022, rundingan antara syarikat penyedia perkhidmatan dan DNB dilaporkan masih terus berjalan.

Sumber: DNB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY